in ,

Kafe Ala 5 Bintang, Bapa Jimin BTS Buka Kafe MAGNATE!

Sumber gambar: allkpop.com

Tidak dinafikan, kini memang ramai pemuda suka food hunting dan ramai juga suka ke kafe yang mempunyai interior design yang nampak menarik dan cantik supaya boleh berswafoto bersama rakan-rakan atau date masing-masing. Bercakap tentang kafe, bapa kepada Jimin BTS pun baru-baru ini sudah membuka sebuah kafe di kampung halaman Jimin di Jinnam-ro, Busan. Untuk pengetahuan korang juga, kafe yang bernama MAGNATE itu berkonsepkan elegan, mewah dan nampak classy sesuai dengan design kafe yang dibangunkan oleh bapa Jimin ini juga. Kalau korang tengok kafe MAGNATE ini juga, memang sangat lus dan dilengkapkan dengan pelbagai facility yang mesra pelanggan.

Sumber gambar: Reo Kim

Walaupun sebenarnya kafe MAGNATE ini sudah beroperasi sejak tahun 2019 lalu, masih ramai lagi peminat BTS sendiri ARMY yang tidak tahu tentang kafe ini. Bukan setakat itu sahaja, malah abang kepada Suga BTS yang ada kafe pastri di Jeju pun tidak ramai yang tahu. Apa yang menarik di kafe MAGNATE ini juga adalah ia mempunyai banyak pilihan menu makanan dan minuman. Bagi korang yang memang peminat coffee, pastries dan dessert, kafe ini memang sangat sesuai dengan korang jika berkunjung ke Busan satu hari nanti. Iya lah, Busan ini pun merupakan bandar kedua yang paling ramai pelancong tau! Jadi memang rugi kalau korang tak singgah! Hehe.

Sumber gambar: magnate

Selain itu, ada juga yang istimewa tentang kopi di kafe MAGNATE ini sebab korang juga boleh merasai kopi asli dari negara lain seperti Kenya, Ethiopia, dan Guatemala. Untuk yang tidak minum kopi itu pun, jangan risau sebab ada air coklat yang best untuk korang. Kalau sekali pandang, kafe ini memang macam tak ada kena mengena dengan Jimin BTS langsung tau! Sebab design bangunannya yang berkombinasi pop art and industrial creative memang kelihatan seperti kafe 5 bintang. Akan tetapi, ia jadi bualan ramai orang sebab ada ARMY ternampak di satu sudut display kafe ini, ada topi yang dipakai oleh Jimin yang bapa Jimin sendiri sengaja letak di kafe. Woah! bagusnya ARMY yang siap recognize dan ingat apa yang Jimin pakai kan? haha!

Sumber gambar: Twitter

So far, ada yang cakap Jimin tak pernah lagi visit kafe MAGNATE yang diusahakan bapanya itu sebab sibuk dengan jadual sebagai K-Pop idol. Ala, korang pun nanti jangan terkejut dan segan-silu untuk cuba pelbagai menu di kafe ini juga tau sebab walaupun nampak mahal tetapi harganya memang sangat murah. Ada banyak sangat feedback yang cakap mereka terkejut dengan harga yang dipaparkan sebab affordable sangat! 

Sumber gambar: koreaboo

Selepas ini, mesti akan lebih ramai ARMY yang nak pergi kafe ini kan? Iya lah mana tahu, terserempak dengan Jimin… haha! BTS pula sekarang ini memang tengah sibuk dalam proses merancang untuk comeback barunya yang mana untuk korang yang ARMY itu bolehlah keep update di setiap live video BTS di Youtube dan bukan setakat itu sahaja, disebabkan kuarantin ini juga. Lately, BTS pun kerap berbual di media sosial seperti Vlive dan kalau korang beruntung, korang siap boleh main PUBG tau dengan V BTS. Itu pun kalau korang ada game server yang boleh connect di Korea lah! Hehe!

Sumber gambar: Koreaboo

What do you think?

20 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Wahhh..main pubg dngn v😱canna nk bgi ada game server boleh connect korea tuu.😭😭nak tnya bts ada x kakou talk..kwan saya ada jumpa nama v and jk pastu my friend try la tegur tanya betul ke nii bts and then diorang ckap betol ni bts..me like srs lahh..OMG..!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Raya Musim PKPB, Perlu Beli Baju Raya Atau Tak?

Kesan Sampingan Jika Terus Tidur Selepas Sahur