in ,

K-Pop Idol Yang Selalu Orang Ingat Adik-Beradik Kembar

Sumber gambar: aminoapps.com/

Tidak dinafikan, setiap K-Pop idol mempunyai ciri visual mereka yang tersendiri yang menarik perhatian peminat. Walau bagaimanapun, ia juga bukanlah hal yang pelik sangat jika ada di antara mereka yang kadang-kadang terlihat ibarat pelanduk dua serupa dan boleh dikatakan seperti kembar yang sangat serupa. Mempunyai visual yang persis dan lahir pada tahun yang sama, ini antara pasangan K-Pop idol yang sebaya dan kerap disebut sebagai adik-beradik kembar. 

SANHA ASTRO & SOOBIN TXT

Sumber gambar: TEEN VOGUE

Kedua K-Pop idol yang comel ini lahir pada tahun yang sama iatu pada tahun 2000 dan ramai yang gelar mereka adalah adik-beradik kembar yang terpisah. Sanha ASTRO dan Soobin TXT disebut begitu sebab muka mereka berdua memang nampak serupa antara satu sama lain walaupun hakikatnya tiada sebarang hubungan saudara langsung. Sanha adalah maknae ASTRO, manakala Soobin pula adalah leader dan anggota paling tua dalam TXT.

HYUNJIN STRAY KIDS & YEJI ITZY

Sumber gambar: IDN Times

JYP Entertainment stan mesti tidak asing lagi dengan kembar kesayangan mereka yang satu ini. Siapa lagi kalau bukan Hyunjin Stray Kids dan Yeji ITZY. selain memiliki rupa paras yang serupa, umur mereka juga sebaya dan kerap disebut sebagai saudara jauh sebab nama keluarga mereka sama iaitu Hwang.

FELIX STRAY KIDS & CHAEWON IZ*ONE

Sumber gambar: all about kpop

Selain Hyunjin, Felix Stray Kids juga sering disebut sebagai kembar Chaewon IZ*ONE. Tarikh lahir mereka juga tidak jauh beza sebab hanya berbeza sebulan 15 hari sahaja tau! Sama dengan kembar yang tadi juga, mereka pun lahir pada tahun 2000 juga. Rata-rata peminat mereka cakap, bila mereka di atas pentas adalah saat muka mereka nampak betul-betul serupa. Woah! Kongsi aura yang sama ke tu? 

JENO NCT & ERIC THE BOYZ

Sumber gambar: hwallsdaebo

Sama dan sekali K-Pop idol yang lahir dari tahun 2000, Jeno NCT dan Eric The Boyz pun kadang-kadang selalu buatkan peminat mereka keliru sebab penampilan dan vibe mereka selalu nampak sama. Mereka berdua juga bersekolah di sekolah yang sama iaitu di SOPA dan mereka berdua memang terkenal sebagai yang bertanggung jawab untuk hal vokal, dance dan rap.

Jadi, kalau korang perasan memang agak ramai K-Pop idol kelahiran 2000 yang muka macam kembar, betul tak? Ke ada K-Pop idol lain yang korang kenal muka sama dan nampak macam kembar? Cubalah komen sikit di bawah sebab kami pun nak tahu juga siapa. Siapa tahu, mungkin sebenarnya tahun 2000 ini adalah tahun paling ramai kembar, betul tak? Hehe! 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Berhijab Tapi Nak Pakai Skirt? Ini Cara Untuk Kekal Bergaya

Inspirasi Rambut Pendek K-Pop Idol Khas Untuk Girls