in ,

K-Pop Idol Yang Pernah Kena Buli Di Sekolah

Sumber gambar: vogue.co.uk

Kita selalu tengok hidup K-Pop idol macam sempurna sahaja betul tak? Tapi korang tahu tak sebenarnya sebelum mereka kecapi kejayaan seperti sekarang ini, waktu sekolah ada di antara mereka yang pernah kena buli dengan teruk. Mesti macam tak sangkakan? Tapi biar LUNARIA kongsi dengan korang beberapa K-Pop idol yang pernah kena buli waktu sekolah.

JEON SOMI

Sumber gambar: allkpop

Korang ingat senang ke nak jadi seseorang yang a lot of mix? Walaupun dunia sudah maju tetapi Jeon Somi bekas kumpulan I.O.I yang sudah bergerak secara solo ini pernah diejek kawan-kawan sekolah dia sebab dia berdarah campuran Kanada dan Korea. Dia sampai pernah rasa nak buat pembedahan plastik untuk betul-betul nampak seperti orang Korea. Nasib baik dia tak buat! Jeon Somi maintain sahaja dengan kecantikan semula jadi a lot of mix itu! 

KANG DANIEL

Sumber gambar: straitstimes

Walaupun Kang Daniel merupakan salah seorang boy crush semua orang.. Bekas ahli kumpulan Wanna One ini pun sebenarnya tak pernah terlepas dari dibuli. Korang mesti terkejut sebab apa Kang Daniel dibuli, dia pernah dibuli sebab badan dia yang besar dan mempunyai muka yang hodoh. Ala, tapi itukan waktu sekolah, wajarlah kalau nak muka selebet sikit? Tapi cuba tengok dia sekarang? Ha! Ibarat puberty hit the truck gitu! Mesti yang pernah buli Kang Daniel ini rasa menyesal buli dia, sebab kalau tak dah boleh kawan dengan dia dah.

HOLLAND 

Sumber gambar: sbs

Penyanyi Holland atau nama sebenarnya Go Tae Seob ini pula lain kesnya. Dia dibuli sebab dia mengaku dirinya adalah seorang yang suka gender sejenis. Memang teruk dia dibuli oleh budak sekolahnya.. Dia sehingga menghadapi kemurungan dan pernah terfikir untuk bunuh diri! Memang kesian! Tindakan mereka itu memang salah, sepatutnya daripada mereka buli sepatutnya mereka ajarlah Holland ini suka perempuan semulalah betul tak? 

ASOL

Sumber gambar: thekpoptify

Kalau korang nak tahu salah seorang rapper wanita yang hebat dalam industri hiburan Korea ini pun pernah dibuli teruk sampai dia terpaksa dikeluarkan dari sekolahnya. Dia pernah dibuli teruk sampai baju seragam sekolah dia dicuri banyak kali. Ibu dan ayah Asol pun pernah minta sekolah untuk bertanggungjawab tetapi pihak sekolah tuduh Asol pula sebagai yang bermasalah dan dia pun berpindah ke sekolah lain. Memang sadis betul ya?

YOON IN NA

Sumber gambar: soompi

Mesti korang kenal dengan pelakon, musician dan DJ Korea yang cantik inikan? Antara sebab dia dibuli adalah sebab dia adalah favourite cikgu dia di sekolah. Yoon In Na juga mendapat keistimewaan sendiri sebab waktu dia sekolah dia adalah seorang trainee dan perlu panjangkan rambut. Kalau korang nak tahu pelajar di sekolah Korea perlu potong rambut dan sebab semua budak sekolah dia tak puas hati dengan dia, memang teruk dia dibuli.

Dahsyat kisah mereka dibuli.. Mesti ada antara korang yang memang tak sangka pun idola korang ini pernah dibuli. Orang yang membuli itu tak ada kerja lain ke? Untuk kaki buli, korang berhentilah buli orang. Nanti kalau mangsa buli korang itu dah famous ramai peminat, dah cantik semua itu mesti korang menyesal. Nak jadi kawan mereka semula pun dah tak ada peluang dah.. rugi tau

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Movie Trolls World Tour Ada Red Velvet Versi Trolls!

Cara Buat Hand Sanitizer Selamat Dan Jimat!