in ,

K-Pop Idol Yang Nampak Sombong, Tapi Sebenarnya Lovely Sangat

Sumber gambar: youtube.com/FA-TopList

Ish! Sombongnya dia ini, muka memang tak nak senyum dengan orang langsung ke macam mana? Tak nak lah kawan dengan dia!

Korang mesti pernah jumpa kan orang yang muka memang nampak sombong, dingin, tak nak layan orang kan? Eh? Macam mana korang tahu mereka memang sombong? Entah-entah, mereka lebih friendly and lovely lagi dari diri kita sendiri kan? Ha! Sebab itu orang selalu cakap don’t judge a book by it’s cover. Cakap tentang orang yang muka sombong ini, jom kita tengok siapa sahaja K-Pop idol yang nampak saja sombong tetapi sebenarnya lovely dan comel sangat.

TAEYONG NCT

Sumber gambar: soompi

Leader NCT yang seorang ini memang kalau kita tengok muka dia memang dingin sangat. Walaupun dia memang hensem, dia ada aura yang buatkan orang seram sejuk nak tegur dia sebab muka dia yang cool tu. Pada hal, ramai NCTzen yang tahu Taeyong ini memang comel sangat bila dengan member NCT yang lain sebab dia ini manja juga.

SUGA BTS

Sumber gambar: vlive

Rapper BTS ini memang akan buatkan ramai orang yang tercyduk sebab aura dia sewaktu tengah rap itu memang akan buatkan para gadis jatuh hati kan? Tapi apa yang buatkan orang salah faham adalah muka dia yang memang buat dek itu. Korang semua silap sebab BTS ARMY ada sebab kukuh kenapa dia dipanggil lil meow meow sebab gelagatnya yang memang macam kucing dan bukan setakat itu saja, ramai yang gelar dia tsundere dunia nyata tau! Hehe

JB GOT7

Sumber gambar: kprofiles

Kalau JB GOT7 pula dia ini lain, dia cuma berpenampilan cool sahaja tetapi kalau korang nak tahu dia memang lebih cutie pie berbanding ahli GOT7 yang lain. Belum lagi dengan piercing dia itu memang mungkin ada beberapa orang yang takut nak tegur dia tapi itu imej dia saja okay! 

JENNIE BLACKPINK

Sumber gambar: kpopmap

Antara yang paling kerap dikecam sebab muka dia yang memang macam sombong dan tak nak layan orang langsung ini, Jennie Blackpink sebenarnya memang selalu buat straight face. Tetapi hanya Blink sejati sahaja yang tahu betapa comelnya perangai Jennie Blackpink ini sampai dia digelar “Mandu” sebab dia macam dumpling Korea.

IRENE RED VELVET

Sumber gambar: koreaboo

Mungkin ramai yang perasan Irene Red Velvet ini memang jarang sangat nak senyum kan? Dan disebabkan hal itu, ramai yang terus judge dia seorang yang sombong, padahal dia adalah unnie yang paling sweet dalam Red Velvet tau! Dia juga memang comel sangat walaupun dia yang paling tua. Mungkin sebab usianya juga menjadikan Irene nampak lebih matang.

Tak kenal maka tak cinta lah orang cakap, ala bukan setakat K-Pop idol saja yang macam ini. Korang juga mesti ada kawan-kawan yang macam ini kan? Yang dulu korang ingat mereka sombong tapi bila dah kenal memang ramah dan comel saja perangai mereka kan? Lepas ini, kita tak perlu lah nak judge orang yang muka mereka memang nampak dingin dan sombong ya, kalau nampak pun cuba tegur, mana tahu boleh jadi kawan baru korang kan? 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

List Kartun² Jepun Yang Memang Legend Habis!

Senarai Filem Postpone Sebab COVID-19