in ,

K-Pop Idol Yang Mungkin Akan Pergi Military 2020

Sumber gambar: jazminemedia.com/2020

Setiap tahun, umur kita pasti akan meningkat semakin dewasa. Semakin dewasa, semakin banyak tanggungjawab yang akan kita galas, betul tak? Begitu juga sama dengan K-Pop idol, eh? Tiba-tiba masuk K-Pop. Ya, untuk korang yang minat K-Pop akan tahu tentang military services yang selalu oppa-oppa kesayangan korang pergi waktu mereka dah berumur 28 tahun hingga 30 tahun pergi.. Biasanya, mereka perlu selesai menjalankan tanggungjawab mereka itu sebelum 30 tahun atau semasa 30 tahun tergantung pada polisi yang ditentukan oleh kerajaan Korea Selatan. Walaupun mereka artis dan idola sekali pun, mereka wajib jalankan tanggungjawab military services ini dan tiada yang terkecuali walaupun mereka ikon negara. Jadi jom kita tengok siapa sahaja K-Pop idol yang bermungkinan akan pergi military services tahun ini.

EXO: CHANYEOL,BAEKHYUN, CHEN, SUHO 

Sumber gambar: wikipedia/NN diary

Dalam EXO, ada tiga orang anggota yang 92-liner dan akan berusia 28 tahun pada tahun ini, dan kalau ikut umur Korea mereka sudah 29 tahun. Hmm, memang sudah panggilan military services lah kan? Bukan setakat itu sahaja, ketua EXO iaitu Suho pun sepatutnya pergi military services juga dan kita tunggu, lihat sahaja tahun ini. Adakah empat orang ahli EXO sekaligus yang akan masuk khidmat tentera? Kalau ya, hmm sedihnya kan!

BLOCK B: ZICO, PARK KYUNG, UKWON

Sumber gambar: Pin Interest

Ahli kumpulan Block.B pun tidak ketinggalan untuk pergi ke military services sebab mereka ada tiga orang ahli yang lahir pada tahun 1992. Siapa yang masuk ke latihan tentera dulu pun kita tak pasti sebab Zico baru sahaja keluarkan lagu baru kan? Hehe!

BTS: SEOKJIN 

via GIPHY

“Mr. Worldwide Handsome” Kim Seokjin dari BTS pun kemungkinan akan pergi military service pada tahun ini. Hmm, apa lah perasaan para BTS ARMY kan? Tapi kita pun tak pasti lagi sebab BTS akan keluarkan album baru Maps of The Soul: 7, dan tak akan lah nanti waktu promosi album Seokjin tak ada pula kan? Dah lah dia yang paling kelakar dalam BTS! Mesti kalau Seokjin pergi semua ARMY akan tetap bagi semangat juga kan? 

MONSTA X: SHOWNU

via GIPHY

Bukan setakat itu sahaja, Monsta X Shownu sebagai yang paling tua dalam kumpulan pun berkemungkinan akan pergi latihan ketenteraan. Woah! MONBEBE semua mesti okay sahaja kan? Sebab tak sabar nak tengok Shownu pergi military sebab badan dia pun dah macam askar-askar kan? Hehe! 

WINNER: JINU

via GIPHY

Kalau korang nak tahu, walaupun sekarang ini WINNER masih aktif dengan tour mereka di seluruh dunia, Jinu khabarnya akan pergi juga military service akhir tahun ini sebab mengikut umur Koreanya, dia sudah masuk 30 tahun. Jadi Inner Circle semua relax sahaja okay! Biarkan Jinu selesaikan tanggungjawabnya dan nanti bila dah habis military service dia akan comeback sebagai lelaki yang lebih gagah. Hehe

Jadi, kalau korang yang minat K-Pop itu nanti jangan sedih sangat bila oppa-oppa korang pergi military services. Itu tanggungjawab mereka, kita tak boleh nak halang mereka dan tunggu sama-sama.. ala sekejap sahaja lebih kurang dua tahun. Korang pejam celik dah habis dah tempoh mereka military services. Nanti bila mereka dah aktif semula dalam dunia hiburan, korang support semula seperti biasa sebab mereka pun mesti rindu korang juga

What do you think?

24 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ariff Bahran Bakal Keluar Lagu Baru? Ini Fun Fact Tentangnya

Cara Nak Famous Dekat Sekolah #StarterPack