in ,

K-Pop Idol Yang Layak Bawa Antagonis Dalam Drama

Sumber gambar: www.uhdpaper.com

Selain bakat mereka dalam nyanyian dan menari yang selalu mencuri perhatian. Wajah mereka bukan setakat nampak berkarisma dan cool, akan tetapi muka pandangan sinis beberapa K-Pop idol ini dikatakan memang sangat menarik perhatian dan bualan peminat hallyu. Ini kerana muka mereka dikatakan sesuai dan layak untuk membawa watak antagonis di dalam drama. Jadi, apa kata kita tengok. Siapakah antara K-Pop idol sesuai bawa watak antagonis seperti yang dicalonkan oleh beberapa peminat K-Pop dan ada juga yang tidak sabar jika mereka diberikan peluang untuk berlakon dalam K-Drama pada masa akan datang.

KRYSTALΒ 

Sumber gambar: kpop fandom

Peminat K-Pop menggelar diri Krystal Jung adik kepada Jessica Jung ini sebagai Ice Princess bukan saja-saja tau! Ini sebab Krystal mempunyai wajah yang sangat garang dan macam tak nak tegur orang. Oleh sebab itu, Krystal memang sesuai membawakan watak sebagai seorang yang antagonis.

JENNIE BLACKPINK

Sumber gambar: pinterest

Muka Jennie BLACKPINK memang nampak sangat dingin dan mungkin boleh membuatkan orang judge dirinya dahulu sebelum mengenali dirinya. Jennie juga adalah salah seorang K-Pop idol yang mendapat gelaran Ice Princess YG Entertainment dan ada juga beberapa peminat K-Pop dan juga BLINKS mengharapkan satu hari nanti Jennie akan berlakon.

SEHUN EXO

Sumber gambar: pinterest

Sehun si maknae EXO ini juga dikatakan mempunyai aura yang sangat dominan dan siap ada yang sudah fikir, antara karakter yang sesuai dengan Sehun adalah seorang CEO yang berkarisma yang sanggup menghalalkan apa sahaja cara untuk mendapatkan apa yang dia nak demi kepentingan dirinya sendiri. Woah! Kalau satu hari Sehun betul-betul berlakon watak ini, mesti ramai yang tak sabar! Lebih lagi EXO-L.Β 

JEONGYEON TWICE

Sumber gambar: soompi

Terkenal sebagai salah seorang K-Pop idol yang sangat savage siap pakej dengan wajahnya yang sangat tegas. Jeongyeon TWICE yang juga salah seorang vocalist ini juga sebenarnya memang sangat sesuai untuk bawa watak sebagai seorang wanita dewasa yang berjaya. Apa pendapat korang kalau Jeongyeon betul-betul berlakon?

JB GOT7

Sumber gambar: allkpop

Untuk pengetahuan korang, JB GOT7 atau Jae-beom ini adalah antara K-Pop idol yang paling dinantikan debutnya sebagai seorang pelakon. Ini sebab muka Jae-beom dikatakan mempunyai aura sebagai seorang pelakon. Bukan setakat itu saja, malah dengan raut wajah Jae-beom yang nampak garang dan mata yang tajam itu membuatkan Jae-beom sesuai untuk memegang watak antagonis.

Mungkin selepas ini, jika mereka diberi peluang untuk berlakon. Rasanya, drama atau filem itu pasti akan laku habis. Iyalah, K-Pop idol ini kebanyakan dari mereka memang multi-talented dan pasti untuk menerima tawaran lakonan itu tidak menjadi masalah. Selain daripada nama K-Pop idol yang kami kongsi ini. Siapa lagi pada pendapat korang yang sesuai bawa watak antagonis dalam K-Drama? Korang boleh komen dibawah sebab kami pun nak tahu juga! Hehe!Β 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Benda Viral Yang Terjadi Sepanjang PKP

Bila Boyfriend Salah Faham, Korang Boleh Cuba Cara Ini