in ,

K-Pop Idol Yang Dapat Bayaran Terbanyak Dari YouTube

Sumber gambar: www.eonline.com

Rata-rata orang sekarang lebih memilih untuk menjadikan YouTuber sebagai kerjaya sesuai dengan peredaran zaman. Selain lebih fleksibel memikirkan kandungan video dan juga masa, YouTube juga memberikan keuntungan kepada para YouTuber dan juga para penggunanya dengan bayaran yang agak lumayan. Jadi, memang tidak hairan kenapa ramai sangat orang sekarang berlumba-lumba nak buat channel di YouTube termasuklah para K-Pop idol. Jadi, kali ini LUNARIA akan kongsi dengan korang K-Pop idol mana yang mendapat bayaran terbanyak dari YouTube.

BOMI APINK

Bomi pertama kali buka YouTube channel dia pada April 2018 lalu dengan nama Bbom Bbom Bbom dan setakat ini dia dah upload sebanyak 121 khas untuk 816 ribu subscribers dia. Jika korang salah seorang subscribers Bomi, mesti korang tahu yang dia memang sangat aktif dengan vlog, mukbang dan juga bermain game online. Memang fun habis dan dengan jumlah subscribers yang dia miliki ini juga Bomi berhasil untuk dapatkan bayaran sekitar 87 ribu US Dollar iaitu bersamaan purata sebanyak 7 ribu US Dollar sebulan. 

JAE DAY6

Kalau korang nak tahu sebenarnya Jae Day6 dah lama buka YouTube channel sejak 2016 lagi. Dengan jumlah 916 ribu subscribers, Jae mampu menjana 13 ribu US Dollar sebulan dan itu lebih kurang 162 ribu Dollar setahun. Jae juga memang sangat rajin update channel dia dengan bermain game sebelum ini tetapi sekarang Jae lebih aktif dengan belanja subscribers dia dengan lagu baru nyanyian solonya.

SOLAR MAMAMOO

Leader kepada girl group MAMAMOO, Solar juga ternyata suka berkongsi kehidupan sehariannya melalui channel YouTube Solarsido. Korang boleh nampak watak sebenar Solar dalam kehidupan sehariannya yang selalu bersemangat dan sentiasa ceria ini. Walaupun baru aktif pada tahun 2019 lalu tetapi Solar dah ada 2.32 juta subscribers dan mampu hasilkan 21 ribu US Dollar setiap bulan! Woah! Memang queen!

LISA BLACKPINK

Walaupun sibuk dengan jadual sebagai K-Pop idol, Lisa juga sama hebat dengan senior yang lain. Lisa dah buka LiliFilm pada 2018 dan sekarang sudah ada lebih kurang 3.8 juta subscribers. Walaupun baru ada 9 buah video sahaja, Lisa mendapat 85 ribu US Dollar sebulan. Memang hebat! Untuk korang yang suka tengok Lisa menari, bolehlah usha sekarang! 

IU

Memang antara yang paling queen! IU dengan 4.04 juta subscribers juga mampu menghasilkan 48 ribu US Dollar sebulan. IU dah join di YouTube sejak 2017 dan IU memang gemar berkongsi tentang vlog kehidupan seharian dan juga cover nyanyian. Kalau korang suka nyanyian IU memang rugi tak subscribe!

Jadi, korang nampak tak? Sebenarnya, jadi seorang YouTuber juga adalah salah satu kerjaya yang sangat menguntungkan? Asalkan korang rajin beri content yang terbaik untuk subscribers korang yang dah selalu sokong korang. Janganlah nanti, bila dah ramai subscribers, eh tiba-tiba menghilang pula. Sendu channel bro sis nanti. 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Sebenar Nak Jaga Baju Knitwear

Jenis Inner Tudung Yang Sesuai Mengikut Rambut