in ,

K-Pop Idol Yang Boleh Belasah Orang Jahat

Sumber gambar: www.pinterest.com/dailysia

Nak jadi perempuan ini kadang-kadang bukan mudah sebab orang jahat zaman sekarang berleluasa. Dah lah kita ini semuanya cantik, ada aura yang tersendiri, selalu dipandang lembut dan lembik oleh orang yang tak sepatutnya itu pun buat kan kita ada kesedaran yang kita patut belajar untuk lindungi diri sendiri. Sama juga lah dengan K-Pop idol perempuan ini, mereka bukan sahaja cantik tapi mereka pun mungkin belasah korang yang ada niat jahat tau! Ha! Nak tahu siapa? Jom kita tengok…hehe! 

JEON SOMI

Sumber gambar: tinnhac

Bekas center dari girl group I.O.I ini sebenarnya dah lama sangat dia belajar taekwondo siap dah ada tali pinggang hitam tau. Untuk korang yang tak tahu, sebenarnya dah banyak kali saja Somi tunjukkan aktivivti taekwondo dia dengan ayah tersayang dia iaitu Matthew Douma yang juga merupakan ahli martial arts.

BAE SUZY

via GIPHY

Si cantik lagi seorang yang memang menjadi dambaan para perempuan dan lelaki, Suzy pun sebenarnya mampu belasah orang jahat tau! Sebab dia sudah belajar taekwondo sejak dia kecil. Bukan setakat itu sahaja, bapa Bae Suzy juga merupakan salah seorang master dalam taekwondo. Dia juga pernah gunakan ilmu taekwondo itu semasa belakon dalam drama Gu Family Book.

AMBER

Sumber gambar: twitter

Jangan ada sesiapa yang berani cari pasal dengan Amber okay lepas ini! Haha! Sebab walaupun dia tinggal United States of America dari kecil, bekas rapper F(X) ini sempat belajar taekwondo dari kecil dan dah ada tali pinggang hitam tau! Amber juga sekarang ini dia siap maintain dan berlatih ketahanan badannya dengan selalu exercise. Memang idola sangat!

JIYEON

Sumber gambar: yoontaeyeon

Lama juga tak dengar cerita tentang Jiyeon ini kan? Tapi untuk korang yang tak tahu, Jiyeon ini sejak umur dia 6 tahun tau dia dah belajar taekwondo. Nampak sahaja cantik dan lembut tapi dia pernah tunjukkan kemampuannya itu di beberapa variety show seperti Running Man, Heroes dan juga drama Dream High 2 yang dia pernah berlakon dulu.

Ha! Mesti korang pun tak sangka kan? Tapi mereka ini memang semuanya hebat-hebat dan sangat berbakat. Ala, korang pun boleh sahaja jadi macam mereka sebab banyak lagi masa untuk korang belajar seni pertahankan diri itu. Kita pun sebagai perempuan jangan terlalu nampak lemah okay! Kita kena selalu nampak classy but tough gitu, setuju tak? 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Buat Kopi TikTok Viral

Ini Cara Untuk Elakkan Diri Daripada Terkena Covid-19