in ,

K-Pop Idol Sebaya Tapi Nampak Berbeza Sebab…

Sumber gambar: kpopping.com

Memang tidak dinafikan, ada ramai sangat K-Pop idol yang rupa mereka ternyata nampak jauh lebih muda daripada umur sebenar mereka. Ini mungkin kerana seperti yang kita semua tahu cara penjagaan kulit orang Korea itu memang sangat diambil berat oleh mereka dan ada lagi beberapa kebiasaan lain yang membuatkan mereka nampak lebih awet muda dan bersinar. Walau bagaimanapun, manusia ini tidak semuanya bertuah sebab ada saja beberapa K-Pop idol lain yang nampak lebih dewasa dan matang dari usia sebenar mereka. Okay jom kita tengok siapa sahaja K-Pop idol yang sebenarnya umur sebaya tapi nampak berbeza dari segi penampilan mereka.

HWASA & JISOO (25)

Sumber gambar: pinterest

Siapa antara korang disini yang memang minat MAMAMOO atau Blackpink? Mesti korang kenal dengan Hwasa dan Jisoo kan? Untuk pengetahuan korang, mereka berdua ini sebenarnya sama umur tau sebab keduanya lahir pada tahun 1995 dan kalau ikutkan tarikh lahir mereka berdua pun, Hwasa masih lebih muda dari Jisoo. Akan tetapi Hwasa nampak lebih matang dari Jisoo kerana penampilannya yang berkarisma dan lebih seksi jika nak banding dengan Jisoo yang nampak lebih comel dan muka baby face.

CL & IRENE (29)

Sumber gambar: scmp

Dua orang ini memang queen bagi peminat-peminat K-Pop di luar sana sebab keduanya memang ada aura yang sangat kuat dan paling ramai stan mereka. CL iaitu bekas ahli 2NE1 dan Irene Red Velvet ini sebenarnya lahir pada tahun 1991 dan sudah hampir berusia 30 tahun tau! Kalau kita tengok, muka CL nampak lebih dewasa, jika nak dibandingkan dengan Irene, akan tetapi mereka berdua memang cantik sangat kan! 

JESSI & ERIC NAM (32)

Sumber gambar: amino

Kalau letakkan mereka berdua duduk bersebelahan, mesti korang akan ingat yang Jessi ini dah nampak macam kakak Eric Nam. Ini sebab muka dan personaliti Eric Nam memang nampak sangat muda kalau nak tengok dengan Jessi yang memang nampak sangat dewasa, seksi dan berkarisma sepanjang masa. Tapi mereka berdua memang nampak sangat hot sewaktu menyanyi di atas pentas, setuju tak?

XIUMIN & HONGKI (30)

Sumber gambar: make star

Jika tengok kedua mereka, memang dua-dua ada perangai yang sangat comel dan kadang-kadang boleh jadi abang-abang yang sangat cool tetapi ramai peminat yang nampak Xiumin EXO nampak lebih baby face, jika nak dibandingkan dengan Hongki FT Island yang memang kelihatan lebih dewasa sejak dia dah jadi Youtuber sekarang ini. Woah cakap tentang mereka, rindu pula nak tengok Xiumin dan Hongki ini beraksi di atas pentas kan!

JENO & SANHA (20)

Sumber gambar: Twitter

Jeno NCT dan Sanha ASTRO ini walaupun mereka berdua salah seorang dari 00-liner, tetapi ramai yang cakap muka Jeno nampak lebih matang dan ada iras iaitu Park Jin-young atau lebih dikenali sebagai JYP semasa dia muda. Mungkin sebab itu juga lah ramai yang cakap Jeno ini nampak lebih dewasa, jika nak dibandingkan dengan Sanha yang memang sentiasa nampak comel dan awet muda. Ala, tapi kalau tengok dua-dua memang comel pun kan! Hehe!

Ha! Tapi kan! Tak kisah lah seorang nampak muda ke, seorang nampak matang ke. Apa yang penting, bila mereka semua ini tengah perform atas stage, confirm ramai yang suka sebab mereka boleh jadi comel, eh! tiba-tiba jadi seksi pula, oops! tiba-tiba boleh nampak charming sangat dan banyak lagi personaliti dan penampilan mereka boleh berubah, setuju tak? Hehe!

What do you think?

17 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments