in ,

K-Pop Idol Lelaki Yang Dikatakan Lebih ‘Cantik’ Dari Perempuan

Sumber gambar: www.pinkvilla.com

Pernah tak korang tengok dalam mana-mana variety show di Korea yang selalu paparkan aksi artis K-Pop idol perlu didenda untuk berpakaian yang pelik seperti mereka dipaksa untuk memakai pakaian wanita atau sebagainya? Atau mungkin juga, kalau korang tengok, muka mereka lebih kelihatan feminim daripada macho? Mesti pernahkan? Dan ini antara beberapa K-Pop idol lelaki yang dikatakan nampak lebih cantik dari K-Pop idol perempuan…

JEONGHAN SEVENTEEN

Sumber gambar: koreaboo

Jeonghan mendapat julukan Elf Prince sewaktu lagu Fear dengan gaya rambut dia yang perang dan bibir merah mugil. Jeonghan mendapat perhatian sejak dulu lagi, lebih lagi sewaktu dia berambut panjang dulu. Dia punya cantik memang lembut sangat kita tengok! Sampai ada peminat yang freaked out sebab waktu dulu ingat Seventeen mandi kolam ramai-ramai ada kelibat perempuan, eh sekali rupanya itu Jeonghan! 

PARK JIHOON 

Sumber gambar: pinterest

Park Jihoon bekas anggota Wanna One ini pula memang ramai yang kenal dia dengan slogan “nae maeum soge jeojang” yang selalu simpan peminat dia dalam hati ini pun selalu disebut-sebut sebagai idol lelaki yang tercantik. Ada wajah manis, pipi chubby dan comel itu membuatkan Jihoon nampak macam perempuan yang sangat cantik.

JUNGWOO NCT

Sumber gambar: pinterest

Macam mana orang boleh cakap Jungwoo cantik?  Sebab ada satu masa itu dia pakai cosplay karakter Rose dalam cerita Titanic sewaktu ada sambutan Halloween SM Entertainment dua tahun lepas. Bila dia pakai saja, habis ramai NCTzen yang terkejut sampai cakap yang Jungwoo nampak lebih gadis daripada mereka yang memang dah perempuan dari dulu. Haha!

SUGA BTS

Sumber gambar: twitter

Siapa sangka rapper dan komposer lagu kegilaan ramai yang selalu kelihatan manly, macho dan cool di atas pentas ini pun termasuk dalam list inikan? Suga memang nampak sangat cantik seperti yang dikatakan BTS ARMY sebab waktu dia bawa watak Yoonji dalam sketsa BTS. Semua ahli BTS pun terkejut tau! Seokjin siap cakap nak date dengan perempuan macam Yoonji tapi Yoonji reject dia! LOL! Eh Yoonji tu nama watak Suga je tau…hehe.

Eh! Jangan sangka mereka ini pelik pula ya sebab itu mungkin hanya karakter atau memang gaya mereka sahaja. Memang tak dinafikan mereka memang nampak sangat cantik tetapi kalau nak bandingkan dengan para wanita di luar sana, hmm… rasanya perempuan asli lagi cantik! Hehe! Sebab walaupun K-Pop idol lelaki ini nampak cantik tetapi bentuk badan keras seperti lelaki gagah itu masih ada pada mereka, sebagai contoh halkum. Haha! Jadi, korang tak perlu nak rasa down sangat ya sebab artis favourite korang lebih cantik, itukan orang yang cakap. Chill okayy!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Korang Kena Tahu Sebelum Pakai Braces

Berapa Lama #DudukRumah Akan Berterusan?