in ,

K-Movie Thriller Yang Korang Kena Tonton

Sumber gambar: www.koreaherald.com

Filem bergenre thriller selalu buatkan penonton suspend dan tertanya apakah yang bakal terjadi kepada setiap watak di pengakhiran cerita. Korea juga antara salah satu negara yang mempunyai filem thriller yang mantap dan hebat. Bukan setakat karakter dalam setiap watak itu nampak ‘real’, malah jalan cerita yang dipersembahkan juga memang kena dengan susunan cerita. Jadi, kali ini kami nak kongsi dengan korang beberapa K-Movie thriller yang korang kena tonton! Lebih lagi yang suka layan genre thriller

THE WITCH PART 1 THE SUBVERSION

Kisah tentang seorang gadis, Ja Yoon yang berjaya melarikan diri dari sebuah organisasi yang membentuk senjata manusia. Setiap kanak-kanak dalam organisasi tersebut akan dijadikan sebagai eksperimen untuk menghasilkan seorang manusia yang mempunyai kuasa oleh seorang ahli genetik, Dr. Baek. Ja Yoon telah dijumpai oleh pasangan suami isteri yang telah menjaganya dengan baik dan membesar sebagai gadis remaja normal. Sampai satu hari, Ja Yoon ikuti satu pertandingan supaya dia menang dan mampu bantu keluarganya. Namun, di tengah perjalanan Ja Yoon bertemu dengan beberapa orang dari Dr. Baek yang telah mencari keberadaannya selama sepuluh tahun.

THE DIVINE FURY

The Divine Fury menceritakan tentang Yong-hu, seorang juara boxing yang kehilangan kepercayaan kepada Tuhan dan dunia selepas ayahnya meninggal dunia. Cerita ini mula ada konflik apabila suatu malam tangan Yong-hu terluka tanpa sebab. Akhirnya, dia minta bantuan daripada seorang paderi yang juga pengusir anasir jahat iaitu Father Ahn yang sentiasa membantu dia. Apa yang akan jadi pada akhir cerita korang kena tengok! 

FORGOTTEN

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Jin Seok yang baru pindah di sebuah rumah baru bersama abang, mak dan ayahnya. Nak dijadikan cerita, kehidupan dia sangatlah bahagia selepas pindah tapi kisah misteri terus bermula apabila abang Jin Seok ini tiba-tiba suka keluar malam, boleh jalan seperti biasa (oh ya! Abang dia dalam cerita ini kononnya kaki tempang sebab accident) dan dia tengok mak dia berkelakuan aneh dan lain-lain. Rupanya, ada banyak sangat plot twist dalam cerita ini yang korang boleh nampak sebab Jin Seok ini sebenarnya seorang pembunuh yang dah hilang ingatan dalam cerita ini.

PARASITE

Filem yang telah mendapat pengiktirafan besar di peringkat filem antarabangsa! Parasite adalah mengenai sebuah keluarga yang semuanya adalah seorang penganggur dan demi memenuhi kebutuhan hidup mereka sekeluarga menyara hidup antara sama lain dengan melipat kotak pizza. Satu hari, kawan Ki Woo anak lelaki daripada keluarga tersebut meminta bantuan untuk mengajar seorang anak orang kaya supaya dia mampu peroleh pendapatan tetap sekeluarga. Segala cabaran dan konflik yang terjadi dalam cerita Parasite ini korang kena tengok sebab intense sangat! 

TIME TO HUNT

Time to Hunt merupakan filem yang menceritakan mengenaik krisis ekonomi global yang juga terkesan kepada Korea Selatan yang membuatkan negara tersebut dipenuhi kemiskinan. Hal tersebut telah menjadikan Joon Seok inginkan kehidupan yang lebih baik. Keinginan tersebut telah membuatkan dia merancang satu rancangan yang paling jahat dan teruk yang dia tak pernah buat langsung. Akhirnya, rancangan itu telah dilakukan juga dengan bantuan rakan baiknya iaitu Ki Hoon, Jang Ho, Sang Soo.

Untuk korang yang minat filem thriller, selepas ini mungkin korang boleh cuba tonton semua filem yang kami dah kongsi ini. Selain filem bergenre thriller, korang suka filem bergenra apa lagi? Cuba kongsi dan komen di bawah korang filem apa yang paling best korang pernah tonton!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Perkara Kita Tak Perlu Kawal Untuk Elak Rasa Insecure

5 Selebriti Yang Pernah Banggakan Nama Malaysia