in ,

K-Idol Baru X1- Flash Ada Wau Bulan!

Sumber gambar: https://kprofiles.com/x1-member-profile/

Baru-baru ini ada satu lagi kpop group yang dah rasmi debut pada 22 Ogos lalu iaitu X1 yang terdiri daripada 11 orang ahli. Mereka ini dipilih daripada rancangan Produce X 101 yang mencari bakat-bakat baru untuk dijadikan pelapis k-idol pada masa akan datang.

FYI #Lunagirls dah tengok ke belum muzik video dorang yang rasmi keluar dekat Youtube channel agensi dorang? Iaitu muzik video Flash yang rasmi keluar pada 27 Ogos. Apa yang menarik dalam video ini adalah korang akan nampak dengan jelas Wau Bulan kita pada durasi 0:53 dalam video ini! Woah menarik bukan? Wau Bulan kut! Kebanggaan negara kita yang datang daripada negeri Kelantan.

Untuk pengetahuan korang juga X1 juga akan buat penampilan rasmi setiap ahli di Idol Room pada bulan September nanti! Tak sabarnya nak kenal group baru ini sebab muzik video dia pun dah best, mesti next lagu dorang pun gempak-gempak. Hehe!

Sumber gambar:

Apa yang best adalah baru saja debut, muzik video mereka sudah pun ditonton lebih 9 juta! Woah! Walaupun konsep video mereka ada yang cakap terlalu dark and evil tapi itu depends lah pada pandangan masing-masing kan? Kita ada citarasa tersendiri gitu.

Sumber gambar:

Apa pun, Zoe look forward juga X1 ini, manalah tahu sebenarnya yang cadangkan dalam Wau Bulan dalam video dorang ini staf dari Malaysia kan? Lepas itu untuk konsep seterusnya dia bawa budaya-budaya negara kita yang lain dalam konsep muzik video X1 ini, bukankah ia bagus untuk kita juga? Hehe.

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Baru Minat K-Pop, Tapi Koleksi Barangan K-Pop Epa Power!

Beg Berat Punca Pening Kepala? Hati- Hati Please!