in ,

K-Drama Bulan Julai Khas Buat Kaki Drama

Sumber gambar: Asianwiki

Yiihaaa dah masuk bulan baru, maksudnya senarai K-drama untuk bulan ini pun bertambah.. Tapi last month punya K-drama pun tak habis tengok lagi… alamak!

Setiap bulan ada ada drama baru dari oppa dan unnie kita. Ada yang tentang cinta, thrill and adventure. Jangan risau, kalau korang tak tahu nak tengok yang mana satu dahulu, kami akan sediakan senarai K-drama bulan ini bersama dengan sedikit sinopsis khas buat korang. Jadi tanpa membuang masa ayuh kita get ready dengan K-drama bulan Julai.

WAS IT LOVE?

Setelah sekian lama tak beraksi di hadapan kamera sebagai seorang pelakon, kini si cantik manis Song Ji Hyo kembali dengan buah tangan baharunya. Drama Was It Love merupakan drama komedi-romantik yang memberi fokus utama tentang kehidupan No Ae Jung, lakonan Ji Hyo sendiri. Dia merupakan seorang producer filem dan juga single mother yang membesarkan anak gadisnya selama 14 tahun. Walaupun dia sudah berputus asa untuk mulakan hidup baharu bersama seorang lelaki, tetapi tanpa sedar ada empat orang lelaki yang sedang mengejarkan cintanya. Mereka masing-masing mempunyai personaliti yang berbeza-beza sekali gus membuatkan dia bertambah sakit kepala. Kali terakhir kita tengok Ji Hyo berlakon ialah pada tahun 2018 yang lepas iaitu menerusi drama Lovely Horribly. Lebih menarik lagi dalam drama ini juga turut dilakonkan oleh Kim Min Joon iaitu abang ipar kepada G-Dragon! Kelainan dalam drama ini ialah mengisahkan tentang cinta lima segi ya, bukan tiga segi! Korang boleh saksikan drama Was It Love di Netflix.

TO ALL THE GUYS WHO LOVED ME

Woww, tajuk dia sahaja dah macam movie To All The Boys I Loved Before. Kata orang sinopsis drama ini seakan-akan drama Was It Love tetapi hanya ada kelainan beberapa part sahaja. Drama ini mengisahkan tentang Seo Hyun Joo, lakonan Hwang Jun Eum yang mana bekerja sebagai seorang producer di syarikat bernama My Toon. Disebabkan kejayaannya sebagai seorang producer, dia mengambil keputusan untuk terus hidup membujang tanpa mengharapkan kasih sayang seorang lelaki. At the same time ada dua orang jejaka sedang berebut untuk mendapatkan hatinya, lakonan daripada Yoon Hyun Min dan juga Seo Ji Hoon. Mereka bertiga telah bergabung untuk menubuhkan sebuah syarikat seterusnya membuatkan mereka semakin rapat. Ada part kelakar yang mana watak Ji Woo dan Do Gyeom dikatakan bercinta kerana mereka sering memakai baju berwarna sama, walhal mereka hanyalah housemate sahaja. Drama ini sudah ditayangkan pada 6 Julai yang lepas di siaran KBS2.

TRAIN

Drama penuh misteri, thriller dan fiksyen, Train mengisahkan tentang dua dunia yang dipisahkan. Seorang detektif bernama Seo Do Won lakonan Yoon Shi Yoon perlu menyelesaikan sebuah kes pembunuhan misteri berantai. Kehidupannya mula berubah apabila kekasih hatinya turut menjadi mangsa pembunuhan tersebut, disebabkan itu dia sedaya upaya mencari jalan untuk selesaikan kes itu. Hasil siasatannya menjumpai fakta pelik tentang dua dunia yang sama dan dunia tersebut terhubung melalui laluan keretapi. At the same time di dunia yang satu lagi itu dia menjumpai bukti bahawa bapanya merupakan seorang pembunuh. Drama ini boleh ditonton dekat VIU bermula 12 Julai yang lepas.

FLOWER OF EVIL

Mengisahkan tentang Baek Hee Sung, lakonan Lee Joon Gi seorang jejaka yang menyembunyikan masa lalunya dan berpura-pura untuk terus mencintai isterinya, Cha Ji Won lakonan Moon Chae Won.Pada masa yang sama, Ji Won yang merupakan seorang detektif itu sudah lama mengesyaki suaminya yang kemungkinan terlibat dengan satu kes pembunuhan berantai. Hubungan mereka bukanlah hubungan cinta tetapi lebih kepada pengkhianatan. Lain macam betul jalan cerita drama kali ini ya, tak sabar rasanya nak tengok pada 22 Julai nanti.

K-drama yang paling tak sabar nak tengok ialah Was It Love sebab ada Song Ji Hyo! Dan satu lagi sebab drama tersebut ialah tentang cinta lima segi, biasa dengar tiga segi.. Jarang dengar lima segi. Untung dia!

What do you think?

21 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Sebab Kenapa BTS Masih Tak Pergi Military Lagi