in ,

JYP Lancarkan Audition Di TikTok #JYPTOK!

Sumber gambar: www.k-magazinemx.com

Zaman sekarang ini, memang tidak dinafikan ramai sangat anak muda remaja seperti korang yang ada cita-cita yang sangat unik sebab sudah wujud banyak pekerjaan yang lebih baik seiring dengan perkembangan teknologi, sosial dan lain-lain. Ada juga yang lebih suka memilih pekerjaan yang popular contohnya ingin menjadi seorang penyanyi, pelakon, model, jadi chef media sosial atau yang berkaitan dengan industri hiburan kerana ia juga tidak kurang membuahkan hasil yang lumayan. Perkembangan muzik K-Pop di dunia pun memang memberansangkan dan membuatkan ramai orang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang K-Pop idol.

Sumber gambar: vlive channel

Ya! Bercakap tentang nak jadi K-Pop idol ini. Apa yang korang perlu tahu adalah ia penuh dengan cabaran sebab korang perlu lalui pelbagai proses, bukan sahaja cabaran bertahun sebagai seorang trainee, malah saat nak tunggu korang debut dan lain-lain pun memang memakan waktu yang agak lama kecuali jika korang memang seorang yang beruntung dalam hidup untuk kecapi semua itu dalam waktu yang singkat. Apa yang best, agensi hiburan Korea juga bukan setakat ada K-Pop idol itu sahaja tau! Malah mereka juga ada untuk pelakon, model, ahli sukan dan lain-lain. 

@jypaudition##JYPTOK JYP 오디션도 TikTok에서~ 🤗💕 ##TWICE ##정연 ##요리 JYPTOK예시영상♬ 오리지널 사운드 – JYPAudition

Bercakap tentang hal itu, ada khabar gembira untuk korang yang memang berangan nak jadi idol dan jika korang ada bakat terpendam, why not korang cuba tunjukkannya pada JYP Entertainment? Memang ini lah masa korang untuk serlahkan bakat korang dalam bidang nyanyian, menari, rap, main instrumen, berlakon, malahan modelling, sukan, memasak, mengacara, buat komedi dan lain-lain… Ini kerana pada 18 Ogos baru-baru ini, JYP Entertainment lancarkan #JYPTOK khas untuk korang yang JYP Entertainment stan! Tapi just nak ingatkan korang ini bukanlah untuk cari bakat baru tapi siapa yang join, korang akan dapat hadiah yang lumayan. Ala, mana tahu bila korang join, mereka sekali harung nak ambil korang jadi one of future talent, who knows? Hehe! 

&

@jypaudition너를 보여줘 ##JYPTOK ##집톡 ##JYPEntertainment ##JYP ##캐스팅 ##casting ##오디션 ##audition ##신인개발팀 ##박진영 ##2PM ##GOT7 ##낙준 ##DAY6 ##TWICE ##StrayKids ##ITZY ##NiziU♬ original sound – JYPAudition

nbsp;

Senang saja kalau korang nak join #JYPTOK ini, korang hanya perlu follow akaun TikTok JYPAUDITION dan buat sahaja nyanyian, menari, rap, main instrumen, berlakon, malahan modelling, sukan, memasak, mengacara, buat komedi dan lain-lain apa yang menarik dan sertakan hashtag #JYPTOK. Nanti, mereka akan pilih 15 pemenang bertuah dan jika nasib korang baik, korang mungkin akan menang Galaxy Z Flip, Apple Watch Series 5, AirPods Pro, dan banyak lagi. Korang yang belum buat lagi, bolehlah buat sebab ia sampai 31 Ogos ini sahaja. Nanti pemenang akan diberi notifikasi melalui DM TikTok korang terus pada 14 September ini juga.

@jypaudition##JYPTOK JYP 오디션도 TikTok에서~ 🤗💕##GOT7 ##JB ##마크 ##유겸 ##댄스 ##안무 JYPTOK예시영상♬ 오리지널 사운드 – JYPAudition

Jangan risau sebab #JYPTOK ini terbuka kepada orang ramai, tanpa batas umur, jantina, bakat, dan warganegara apa pun. Asalkan korang buat video korang dengan kreatif dan mana tahu, korang adalah salah seorang pemenang, betul tak? Hmm, kalau korang berminat nak sertai #JYPTOK, cuba kongsi sikit dengan kami, apa benda yang korang nak buat dalam video korang nanti dengan komen di bawah. Hehe! Good luck! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bodyguard K-Pop Idol Harap Peminat Stop Buat Perkara Ini

Gaya Manis Buat Gadis Bertudung Labuh