in , ,

Jom ‘Winner Winner Chicken Dinner’!

Sumber Gambar: https://www.gq.com/

Siapa kata PUBG dah tak lit? Nope, Ummi still main dan selalu dapat winner winner chicken dinner tau! Ada antara #Lunagirls nak lawan? Jom! Hehe! Untuk yang belum lagi berjaya dapat winner winner chicken dinner, meh Ummi kongsikan tips and tricks supaya korang boleh menang battle untuk game seterusnya! Senang je sebenarnya girls…

PLAN TEMPAT MENDARAT

via GIPHY

Ha! Ini penting ya girls, sebab korang tak boleh suka-suka turun sebabnya ada kawasan maybe luar dari bulatan dan ada kawasan yang akan ramai turun! Jadi untuk play safe, kita cari kawasan yang tak ramai orang turun tapi banyak weapon.. Kalau korang guna map “Erangel” janganlah turun dekat pochinki, situ memang weapon banyak tapi yang mendarat situ pun ramai tau!

TERUS MASUK RUMAH

via GIPHY

Make sure masa mendarat tu berdekatan dengan rumah atau kawasan berlindung! Supaya kita boleh menyorok dan kutip barang-barang yang ada. Tapi jangan masuk rumah tu terus terjah je, nyorok-nyorok sikit. Yelah, takut ada orang yang dekat dalam tu tengah perhatikan kita dan tunggu tembak je, sia-sia mati.. #wasted

SENJATA

via GIPHY

Selepas je masuk rumah, #Lunagirls terus ambil senjata yang ada.. tak kisahlah pistol atau pun shotgun! Kalau bertuah, masuk-masuk je rumah jumpa AKM atau Scar-L dah ngam sangatlah. Tapi lepas tu jangan tak cari apa-apa dah, pergilah cari peluru dan equipment lain yang melengkapkan senjata korang okay! First aid, painkiller dan air tin pun wajib di kutip tau!

GUNA EARPHONE

Sumber Gambar: https://savvycyberkids.org

Main PUBG ni kita kena peka tau! Bukan setakat mata tapi pendengaran juga.. sebab kita nak dengar foot steps orang dekat sekeliling kita! Kalau pakai earphone atau headset dengan volume yang kuat, kita boleh dengar kalau ada orang dekat kita punya area. Kalau setakat tengok peta ada tapak kaki bergerak tu hanya bantu sedikit je, tapi dengan bunyi kaki tu kita boleh tahu orang tu dekat atau pun jauh!

JANGAN NAFSU

via GIPHY

Mesti terkejutkan, tapi ni adalah perkataan yang digunakan di dalam game. Jangan nafsu tu bermaksud jangan terburu-buru! Contohnya, bila nampak musuh terus tembak berdas-das! Aiyoo girls! Main PUBG ni kita perlu kesabaran yang tinggi.. contohnya, kalau orang tengah perang dekat luar better korang stay and aim dari jauh je! Boleh je nak serang sekali, tapi kalau weapon korang sniper dan ada scope 8 duduk je rumah tembak dari dalam. Lagi selamat sis! Haha!

Lepas baca tips and tricks Ummi ni, korang dah boleh buat strategy sendiri mana nak mendarat dan cari kawasan mana yang sesuai! Kalini mesti winner, winner chicken dinner tau. Cuba dulu, and thanks me later girls! Haha! Kalau dah berjaya sekali tu, jom battle dengan Ummi okay?

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Happy Birthday Oppa & Unnie! #FebBabies

Siapa Kata Layan Movie Buang Masa?