in ,

Jom Usha Pelakon KPOP Legend Tapi Masih Handsome

Sumber gambar: Pinterest

Oppa! Handsome betul dia, padahal umur dah nak dekat 40 tahun tapi maintain macam dulu-dulu! Apa agaknya rahsia dia awet muda ya?

Siapa yang suka tengok K-drama disebabkan hero je? Kalau pelakon hero itu favorite korang mesti korang akan tertunggu-tunggu untuk next episode? Kita boleh geng sebab Ainaa pun kadang-kadang tengok K-drama sebab hero dia je, hehe! Tapi kalau korang memang peminat K-drama daripada dulu sehingga sekarang, mesti korang perasan ada ramai pelakon lelaki yang wajah mereka maintain daripada dulu sehingga sekarang. Muka nampak muda remaja betul tak? Hari ini Ainaa nak share dengan korang beberapa pelakon lelaki yang masih lagi kacak bergaya walaupun usia mereka sudah mencecah 30 tahun…

KIM SOO HYUN

Wedding Gowns Style Modern and Elegant: kim soo hyun cute oppa
Sumber gambar: Veranitacute

Siapa layan drama Dream High mesti minat dengan Kim Soo-Hyun ni kan! Apa tidaknya, dah la muka innocent comel dia tu memang ramai la yang minat dengan dia. Baru-baru ni pun Soo-Hyun ada tampil menjadi cameo dalam drama Crash Landing On You dan memegang watak sebagai seorang tentera Korea Selatan yang mana ketika itu membuatkan ramai fans terkejut dan teruja! Dia telah memulakan karier dalam bidang lakonan sejak berusia 19 tahun lagi sehingga membuatkan dia telah membintangi banyak Kdrama. At the same tima dia juga mempunyai karekter yang pemalu sekiranya baru pertama kali bertemu dengan seseorang itu, tapi bila dah kenal baru la dia akan menunjukkan dirinya yang suka membuat lawak. Sekarang ni Kim Soo-Hyun sudah berusia 32 tahun tetapi tetap nampak comel lagi!

LEE DONG WOOK

Memegang watak sebagai Grim Reaper menerusi drama Goblin, pelakon berusia 39 tahun ini masih lagi kelihatan kacak bergaya. Mula memasuki industri lakonan sejak tahun 1999, Lee Dong Wook masih lagi menjadi pilihan hati ramai gadis yang meminati drama Korea. Kalau korang perasan sifat unik yang dimiliki oleh Dong Wook ialah kulit wajahnya yang putih melepak seakan-akan pucat dan bibirnya juga berwarna merah. Menurut doktor, apa yang terjadi terhadap dirinya itu ialah kerana dia mempunyai suhu badan yang panas. Menurut sebuah website, Dong Wook memang meminati dunia lakonan sejak kecil lagi dan disebabkan sokongan pada daripada orang sekeliling, itu yang membuatkan dia lebih berani untuk mula berlakon pada usia 18 tahun.

GONG YOO

Cute Gong Yoo 💗(画像あり) | トッケビ, 韓流ドラマ, コンユ
Sumber gambar: Pinterest

My one and only Goblin! Muka serious pun kekal handsome juga, macam mana nak fokus tengok drama kalau hero pun handsome? Hehe!

Daripada Train To Busan sehingga la ke drama Goblin: The Lonely and Great God, wajahnya sebagai watak utama membuatkan ramai penonton ‘melekat’ di kaca TV dan laptop. Kemampuannya dalam melakonkan pelbagai jenis watak dalam drama ataupun filem membuatkan pelakon berusia 41 tahun ini mendapat kepercayaan daripada pihak produksi untuk membawa apa jenis watak sekali pun. Cuba korang cari Insagran Gong Yoo, ada tak? Sebab menurut apa yang Ainaa baca, dia tidak memiliki sebagai akaun media sosial kernaa ingin menjaga privasi hidupnya. Lebih menarik lagi ialah dia merupakan seorang yang sangat rapat dengan buku yang mana dia mampu untuk menghabiskan banyak masa di kafe sambil membaca buku kegemarannya.

LEE KWANG SOO

Lee Kwang Soo Talks About How “Running Man” And “Dear My Friends ...
Sumber gambar: Soompi

Haihh tak payah suruh dia bercakap, tengok muka dia yang selamba tu pun dah nampak kelakar tau! Siapa yang memang kaki Running Man mesti dah tahu sangat perangai Kwang Soo a.k.a zirafah ni! Walaupun wajahnya memang menjadi wajah tetap di rancangan Running Man, tetapi dia juga aktif berlakon banyak drama. Korang tahu tak sebelum ni Kwang Soo sudah pun menyertai military yang diwajibkan buat semua lelaki warganegara Korea. Dia sudah menjadi askar sebelum dirinya bergelar model pada tahun 2007. Lebih menari ialah gelaran Pince Of Asia yang dimilikinya itu ialah disebakan dia memiliki ramai peminat dari luar negara selain Korea sendiri. Rasanya satu dunia kot minat dengan dia? Walaupun dirinya sering menjadi bahan utama untuk dibuli ketika dalam rancangan Running Man, tetapi tanpa dirinya di program tersebut, semuanya menjadi pelik dan tak menghiburkan kerana dia seakan-akan menjadi penguat utama bagi rancangan tersebut. Kalau korang nak tahu ketinggian pelakon berusia 35 tahun ini ialah 193cm! Tinggi sangat tu sis, boleh terus petik buah betik dah tu.

Kalau korang tanya mana satu favorite Ainaa, jawapannya mesti la Gong Yoo, my Oppa Goblin! Tapi kan apa la agaknya rahsia awet muda mereka ni ya? Ainaa masih tak jumpa lagi tips mereka ni…

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ayat Power Dan Tips Untuk Curi Hati

Jangan Cuak Kalau Muka Breakout.. Bertenang Dan Cuba Tips Ini