in ,

Jom Usha 5 Tempat Kegemaran Hantu!

Sumber gambar: pinterest.com/mikebennion

Korang pernah nampak hantu? Ada yang cakap, hantu tak wujud tetapi jin dan syaitan sahaja yang wujud yang menyamar jadi hantu untuk sesat dan menganggu kita umat manusia. Jadi, ada tak di antara korang di sini yang takut dengan hantu? Tak perlu takut pun sebab selagi kita tak kacau mereka, mereka tak akan kacau kita. Sebab itu, korang yang ada niat nakal ini, jangan sesekali cuba nak tunjuk berani pergi kacau tempat mereka. Tahu tak, tempat kegemaran mereka di mana sahaja? Kalau tak tahu, jom kita usha tempat-tempat yang jadi favourite hantu!

POKOK

Sumber gambar: meremang

Kebanyakannya, pokok terutama sekali pokok yang besar adalah salah satu tempat yang menjadi kegemaran hantu tinggal. Lebih lagi, pokok yang nampak sayu sahaja contohnya pokok beringin, sukun, ara, kekabu, ciku, saga, pisang, buluh dan beberapa lagi. Antara hantu yang paling famous suka bertenggek di pokok pun mesti ramai tahu iaitu hantu pontianak.

BILIK AIR

Sumber gambar:. kisah seram

Bilik air pun salah satu tempat yang menjadi kegemaran para hantu di rumah lama orang kata. Ada yang kata hantu di bilik air ini lebih suka menganggu orang yang menggunakan bilik air pada waktu malam. Sebagai contoh, boleh saja hantu ini adalah salah satu hantu yang menjadi bualan kisah hantu para pelajar yang tinggal di asrama, sebab itu ramai pelajar yang tak berani nak ke bilik air pada malam hari. Untuk yang duduk di asrama, korang takut tak pergi toilet malam-malam seorang diri?Β 

TINGKAP

Sumber gambar: fiksyen shasha

Pernah tak korang rasa seperti di perhatikan dari tingkap rumah? Atau korang pernah nampak kelibat orang sedang berjalan melalui tingkap? Ya, kalau korang pernah nampak, betullah itu yang korang nampak dan rasakan. Tingkap memang antara salah satu tempat yang sentiasa menjadi favourite para hantu, jadi kalau korang adalah salah seorang yang penakut, silalah tutup tingkap korang bila hari sudah gelap ya!Β 

DAPUR

Sumber gambar: smartnewstapanuli

Orang kata, dapur ini paling jarang hantu nak datang sebab selalunya bising. Akan tetapi banyak sahaja kisah hantu yang sering ganggu manusia di dapur juga? Contohnya, bila malam mereka akan buat bunyi seperti dapur itu bersepah tetapi bila kita check dapur, tak ada apa yang berlaku pun. Memang anehkan? Tetapi tak pelik sangat sebab biasanya dapur lebih dekat di kawasan belakang rumah kita yang sunyi dan dapur pun kawasannya agak kotor dan berminyak yang mana ia boleh menjadi faktor kenapa hantu suka tinggal di situ.

ALMARI

Sumber gambar: misteri.bf

Ada juga hantu yang suka menampak atau beri hint pada manusia untuk beritahu keberadaan dirinya di almari. Jadi, korang berjaga-jagalah ya sebab biasanya hantu yang duduk di almari ini biasanya akan ganggu kita dengan ketuk atau menghentak almari semata untuk menganggu ketenangan kita. Atau pun boleh jadi lagi teruk jika mereka berani menampakkan diri mereka di atas almari. Woah! Mesti terkaku badan dibuatnya nantikan!

Sebenarnya, bukan tempat seperti ini sahaja yang hantu atau syaitan suka lepak, tetapi tempat-tempat seperti hutan, gua, bangunan tinggal dan ada lagi beberapa tempat pun boleh menjadi tempat kegemaran hantu tinggal sebab sama ada ia kotor atau sudah lama tidak berpenghuni. Selepas ini, kalau korang dah tahu tempat kegemaran hantu tinggal. Janganlah pula korang cari nahas pergi kacau ke, buang air ke, buang sampah ke atau kotorkan dan buat sebarang onar. Nanti, silap-silap korang sendiri dapat penyakit, kan susah… 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Moment Terbaik Artis dan Peminat Di AJL 34

Sebab Lain Jerawat Tumbuh Dekat Muka Kita