in ,

Jom Tukar Selera Tekak Melayu Pada Tekak Korea! #4 Fav LUNARIA

Hmmm bosanlah asyik breakfast nasi lemak dengan roti canai je hari-hari. Macam teringin pula tukar selera tekak Melayu kepada tekak Korea, tapi nak makan apa eh?

via GIPHY

Cakap pasal makanan Korea, korang boleh pilih macam-macam tau sebab ada banyak sangat makanan Korea yang sedap-sedap belaka. Tak payah pergi Korea pun tak apa sebab dekat Malaysia dah ada banyak kedai makanan Korea yang boleh korang cuba. Jom kita tukar selera sikit, sekali sekala merasa tekak oppa, hehe!

BULGOGI

Image result for BULGOGI
Sumber gambar

Dengar nama pun dah tahu mesti sedap je rasanya.. Bulgogi sebenarnya makanan berasaskan daging yang dah dicampurkan dengan kicap masin, gula dan beberapa bahan lain sebagai penambah rasa. Biasanya orang Korea akan guna daging lembu yang berkualiti sebab rasanya lebih sedap! Nak makan bulgogi senang je, korang hanya perlu wrap dengan daun salad dan tambah sikit kimchi, bawang putih dan beberapa bahan lain dan terus ngap! Barulah Korea habis!

BIBIMBAP

Kalau korang seorang yang suka makan banyak benda dalam masa yang sama, bolehlah try makan bibimbap sebab dekat dalam mangkuk nasi bibimbap, ada banyak bahan lain. Antaranya ialah timun, carrot, daging, telur, lobak putih, beberapa jenis sayuran, cendawan dan sos pedas gochujang sebagai penambah perasa. Kalau original bibimbap di Korea, mereka letak dalam mangkuk batu yang panas supaya telur boleh masak dan terhasil sedikit kerak dekat bawah nasi sebab ada letak minyak bijan untuk bagi bau wangi. #Lunagirls boleh try tau bibimbap.

MIYEOKGUK

Image result for MIYEOKGUK
Sumber gambar

Korang familiar tak dengan makanan miyeoguk? Actually dekat Korea, miyeokguk ialah makanan wajib dihidang pada orang yang sambut birthday dia. Family akan bagi mereka makan miyeokguk pada waktu pagi sebagai simbolik yang seseorang itu telah meningkat usia. Maybe korang pun boleh cuba makan miyeokguk untuk celebrate birthday nanti? Bahan yang ada dalam miyeokguk ialah kacang soya, bawang putih, udang jeruk, garam dan bijan yang dah dipanggang. Fuhh macam sedap je!

GIMBAP

Nampak macam sushi tapi sebenarnya bukan sushi sebab dekat dalam gimbap ada bahan lain selain nasi dan rumpai laut. Biasanya ada daging, sayur-sayuran, telur, kimchi atau keju. Dekat Malaysia dah ramai orang jual gimbap versi Melayu siap ada perasa rendang, nasi goreng, nasi lemak dan banyak lagi. Nasi yang dah dicampur dengan minyak bijan akan dibungkus dan digulung dengan rumpai laut sebelum dipotong pada beberapa bahagian supaya senang nak makan.

Macam mana girls? Ada rasa nak pergi Korea tak lepas tengok semua makanan? Tak payah susah-susah, korang cari je restaurant makanan Korea, confirm ada semua makanan ini. Cuma rasaya tak adalah 100% sama macam dekat sana. Selamat mencuba!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Pakai Warna Putih Tapi Takut Kotor? Ini Tips Untuk Korang…

WhatsApp Bakal Hentikan Operasi Untuk Phone ‘Terpilih’