in ,

Jom Try Tips Bergambar Cara Syafiqah Aina

Sumber gambar: Instagram @Syafiqahaina

Ingatkan kalau nak ambil gambar ni setakat berdiri, pusing badan dan senyum je. Rupa-rupanya ada cara tersendiri untuk dapatkan OOTD yang onz macam selebriti! Patut la gambar influence tu semua cantik-cantik. Ada rahsia disebalik posing rupa-rupanya.

Sekarang ni dekat TikTok, ada banyak video kita boleh jumpa. Bukan setakat video menari, tetapi video lawak, video memasak dan macam-macam lagi video lain kita dapat jumpa. Lagi best bila ada banyak video life hacks dan juga tips berguna untuk kita adapt dalam kehidupan harian.

View this post on Instagram

Korang pernah tak ada that one mindset, I cannot do that.. I cannot do this.. Boleh ke achieve target tu.. tak mampula aku.. Percaya tak the closest enemy & biggest barrier in your life is you, YOURSELF? Kenapa kita kena underestimate diri kita sendiri & letak satu halangan untuk kita buat something? Sebenarnya, setiap orang ada kelebihan & specialities masing masing. And sometimes kita tak nampak benda tu. As for me, Aina selalu tengok cermin & cakap sampai ke hati yang Aina boleh transform diri Aina jadi macamana yang Aina nak, Aina boleh dapat apa yang Aina aim. Then Aina transfer ke atas kertas. Aina make it visible so that benda tu clear and akan remind Aina untuk always focus. Sebab Aina percaya, bila kita just simpan dalam kepala, benda tu mudah hilang sebab banyak benda yang kita kena fikir setiap hari, kita jadi mudah lupa & akan jadi blank, dari mana nak start? As for life goals pun sama, Aina lagi prefer untuk tulis and make it specific. Bila kita make it visible and specific, kita akan jadi lebih organize. Korang kena tahu, kita tak boleh nak organize something menggunakan otak saja. Sebenarnya, salah satu tips untuk sentiasa rasa motivated is tulis and bagi mata sentiasa nampak apa aim, goals & Big Why korang. Then Aina akan push myself to the limit and always keluar from my comfort zone. Bila duduk dalam keadaan and benda yang sama. Aina akan jadi tak creative, jadi malas and mudah bosan. Bila tak keluar dari comfort zone, self improvement tu memang susah nak develop. In terms of Social Media pulak, Aina always try remind myself untuk tak nak ada sikit pun perasaan negative, insecure or compare diri Aina dengan orang lain. Sebab kita kena tahu setiap orang ada kelebihan masing masing & cara tersendiri untuk serlahkan kelebihan & talent diorang. Jadi let them be themselves & you, just be yourself! So, every negative vibes even the smallest one, Aina memang akan elakkan awal awal. Aina tahu sebelum Aina nak bantu orang lain, Aina kena bantu diri Aina dulu & Alhamdulilah, walaupun slow tapi perubahan tu tetap ada. Hopefully dapat membantu you guys semua yang tengok posting ni ❀

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on

Baru-baru ni salah seorang model cantik Syafiqah Aina ada share beberapa video tentang tips untuk bergambar di hadapan kamera. Jangan ingat nak posing ni senang tau, ada caranya yang tersendiri ya. Baru la gambar tu nampak extra meletup dan dapat banyak likes dekat Instagram, hehe!

Salah satu gaya yang Syafiqah Aina ajar ialah cara untuk ambil selfie yang sempurna. Point utama untuk dapatkan gambar yang cantik waktu selfie ialah lighting. Lagi elok kalau natural lighting iaitu cahaya matahari. Lagi kuat pancaran matahari tu, lagi bagus sebab korang akan nampak lebih flawless dan extra cantik ya girls! Jangan ambil gambar dekat dapur pula sebab dekat dapur tak ada lighting cantik.

@syafiqahainaofficialHow to take a perfect selfie? ##selfie ##iamonlyhuman ##posechallenge♬ original sound – Syafiqah Aina

Cara kedua ialah jangan biar kamera berada di bawah, sebab nanti kantoi la nampak double chin korang tu! Kedudukan kamera kena lebih sikit daripada kepala kita. No wonder la dulu orang ambil gambar ala-ala MySpace kamera dari atas tu. Rupa-rupanya itu ialah cara selfie yang sebenar tau. Then satu lagi, elakkan ambil gambar dekat background kosong dan berwarna terang. Seeloknya ambil gambar dekat background yang ada corak, baru la onz sis!

Cara posing ketika duduk ni selalu nampak tak cantik kalau tak kena dengan caranya. Apa yang patut korang buat waktu nak ambil gambar sewaktu duduk ialah dengan memberikan your best side dekat depan kamera dan silangkan kaki. Dengan cara silang kaki tu akan menampakkan posture badan kita lebih cantik dan kaki pun jadi extra panjang ya.

@syafiqahainaofficialTo all men out there, Ni salah satu benda penting yang perempuan nak dalam relationship. Kan girls? 🀣 ##posechallenge ##pose♬ original sound – Syafiqah Aina

Kalau nak ambil gambar waktu berdiri pula, jangan berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku, nanti jadi macam Tugu Negara pula. Korang kena berdiri dengan satu kaki dan satu lagi kaki tu dibuka sedikit serta angkat sikit dekat bahagian tumit. Ha, baru la gambar onz dan paling penting korang akan kelihatan tinggi di dalam gambar sebab kaki tu memainkan peranan yang penting waktu posing.

Biasanya kalau orang yang rendah, mesti nak nampak lebih tinggi dekat dalam gambar kan? Kalau salah caranya, orang tinggi pun boleh nampak rendah kalau kedudukan kamera tak betul. Untuk menampakkan kita lebih tinggi, kamera perlu berada di kedudukan di bawah mata dan seeloknya diambil dari bawah, tapi jangan bawah sangat pula. Si pengambil gambar kena mainkan peranan yang penting ya.

Rasanya kalau korang ikut tips yang Syafiqah Aina ajar ni, korang pun boleh jadi model dekat Instagram sendiri ya. Ha, lepas ni semua model tak boleh cari makan la kalau korang dah ikut tips ni, hehe! No wonder la gambar mereka semua cantik-cantik, ada ‘rahsia’ sebagai posing depan kamera rupa-rupanya ya.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jenis Darah VS Personaliti, Betul Ke Faktanya?

Ketahui Personaliti Diri Daripada Cara Berjalan