in ,

Jom ‘Sorok’ Pipi Tembam Ikut Cara Bintang KPOP!

Sumber gambar: Google.com

Eeeiii geramnya pipi ni! Bila senyum mesti nampak lebar semacam je pipi ni. Orang lain muka V shape, saya ni muka U shape, tak lama lagi boleh jadi O shape pula tu!

Haha! Tengah stress dengan pipi tembam ke tu girls? Tabah la ya sebab ‘masalah’ pipi tembam ni memang tak dapat dipisahkan. Tapi Ainaa ada cara untuk ‘sorok’ pipi tembam tu sebijik macam bintang Korea buat. Nak tahu macam mana? Jom baca sampai habis, lepas ni boleh la apply dekat diri sendiri.

BOLD/ DANGLING EARRINGS

Image result for korean girl wear DANGLING EARRINGS
Sumber gambar

First solution, pakai anting-anting jenis saiz besar atau panjang. Anting-anting akan buat bentuk muka korang nampak lebih kecil dan runcing. At the same time anting-anting akan tarik perhatian dan bagi rahang korang nampak lebih tajam dan leher lebih tinggi. Double chin pun boleh ‘hilang; tau, hehe!

KACA MATA

Pernah nampak orang pakai kaca mata hitam dalam shopping mall? Takpe, tak perlu ikut gaya orang lain pakai dalam mall sebab nampak pelik dan merimaskan. Actually, kalau korang pakai kaca mata saiz besar, ia akan buat muka nampak lebih kecil daripada biasa. Tak kisah la kaca mata hitam atau yang biasa untuk orang rabun. Make sure size tu betul la, jangan main hentam je. Biasanya bintang korea akan gayakan kaca mata bersegi atau jenis cat-eye supaya nampak lebih ‘kurus’.

BUCKET HAT

Image result for lisa bucket hat
Sumber gambar

Trend sekarang ni dah ramai orang gayakan bucket hat. Salah satunya ialah sebab nampak simple atau tak payah nak fikir gaya rambut, terus sarung bucket hat je. Lisa BLACKPINK selalu pakai bucket hat sebab ia akan bagi ilusi pipi nampak lebih kecil. Lepas ni boleh la korang pergi cari bucket hat, collect banyak-banyak. Hehe!

AKSESORI RAMBUT

Cekak, sepit rambut atau apa je yang berkaitan dengan aksesori rambut, korang boleh je letak atas kepala tu. At least orang akan tengok aksesori tu, bukan tengok pipi tembam korang, hehe! Bae Suzy suka sangat pakai aksesori dekat rambut sebab pipi dia pun boleh tahan tembam juga. Dalam diam korang akan nampak lebih cute dan muda dengan segala aksesori.

Fuhh, berguna tak tips yang Ainaa bagi ni? Tak payah susah-susah nak kecilkan pipi tu. Pipi tembam la cute! Tak semua orang ada pipi tembam tau.. Apa yang penting, bila pipi dah makin kecil jangan lupa selfie banyak-banyak! Gambar pula jangan simpan je dalam phone, korang boleh print dalam Hardcover Photobook.. sekarang SperDeals ada buat promosi Rm50 untuk 40 Pages! Rugi kalau terlepas girls!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kaedah ‘Daith Piercing’ Boleh Kurangkan Migrain?

Apa Yang Boys Squad Perlukan Dalam Hidup?