in , ,

Jom! Selamatkan Bumi Dengan SMK (P) Sri Aman

Sumber Gambar Lunaria.com.my

Hello #Lunagirls, siapa dekat sini yang bersekolah di Sekolah Sri Aman? Kalau ya, ingat tak team LUNARIA ada pergi sekolah korang. Ummi dan team LUNARIA bangga sangat dapat pergi dan tahu serba sikit mengenai sekolah korang. Lagi-lagi pasal program SAEYLS, bukan program biasa-biasa tau girls tapi diiktiraf sebagai international program. Ummi nak share dengan #Lunagirls tentang program SAEYLS yang ada di Sri Aman..

APA ITU SAEYLS?

via GIPHY

 

Program ini bertujuan mengajak anak muda macam korang untuk mengenali dan menyayangi alam sekitar. Korang boleh belajar memimpin komuniti especially pada masa akan datang untuk sama-sama menjaga alam sekitar dengan menggunakan barang yang dikitar semula. Jadi korang akan lebih sayang pada alam sekitar dan menghargainya..

GOALS PROGRAM INI?

via GIPHY

Goals SAEYLS nak beri pendedahan pada remaja tentang pentingnya penjagaan alam sekitar. Program ni juga mengajar korang cara untuk menggunakan barang kitar semula. Jangan ingat barang yang dikitar semula tu sampah tau! Korang boleh remake barang kitar semula mengikut kreativiti dan gunakan sebagai fungsi yang baru.

BERAPA NEGARA MENYERTAI

Sumber Gambar: https://www.facebook.com

Selama lapan tahun program ini berlangsung, sambutannya sampai ke luar negara dan setiap tahun hanya lapan buah negara yang dapat sertai. Hebat, kan?  Antara negara yang menyertai program seperti Indonesia, Thailand, Philippine dan Japan. Pada tahun ini, kemungkinan SAEYLS akan dihadiri oleh pelajar dari New Zealand dan juga Australia.

NEGARA YANG MENGAGUMKAN

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Setiap Negara yang sertai SAEYLS ada kreativiti sendiri, tahun lepas idea kreatif dari Indonesia telah menjadi perhatian ramai. Team dari Indonesia membuat dress menggunakan barang kitar semula seperti plastic. Korang pun tak sangkakan, plastic boleh jadi dress? Ummi pun tak pernah terfikir, thumbs up to team Indonesia, harap tahun ni milik negara kita pula! Goodluck!

PERTANDINGAN INTERNATIONAL

Sumber Gambar: https://www.facebook.com

Selain menjadi tuan rumah kepada SaAEYLS, Sri Aman juga menghantar pelajar untuk pergi bertanding ke luarnegara. Antaranya pertandingan kebudayaan seperti tarian, yang akan berlangsung di Amsterdam pada bulan 10 nanti. Wah! Hebatnya Sri Aman girls, menaikkan martabat tarian Malaysia hingga ke peringkat Antarabangsa. Go Sri Aman!

 

Hebat lah kan Sri Aman ini #Lunagirls, Mesti students Sri Aman bangga dengan sekolah dorang kan? Even Ummi pun rasa macam “woo” bila jumpa dengan student, guru besar serta cikgu yang sangat baik hati dan menerima kedatangan team Lunaria dengan hati yang terbuka. Terima kasih  Sri Aman! Sehingga kita berjumpa lagi..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebar Fake News Sampai Kena Tangkap Polis!

Sayang Family Tapi Malu Nak Ucap I LOVE YOU!