in ,

Jom Order Makanan Guna Apps Ni!

Sumber gambar: http://www.chinadaily.com.cn/a/201902/20/WS5c6d7116a3106c65c34ea6f3.html

Olla girls and boys! Hmm korang aware tak tentang isu yang terjadi beberapa minggu yang lepas? Apa lagi kalau bukan tentang isu FoodPanda, our favorite food delivery tu!

via GIPHY

Since dah banyak sangat isu yang berkait tentang FoodPanda ni, korang mesti rasa buntu tak tahu dah nak order food delivery dekat mana sebab semua malas nak keluar rumah beli makanan kan? Hah, sama la kita ni, nak makan tapi malas nak pergi bersiap beli dekat kedai. Tapi memandangkan ramai orang mula untuk boikot FoodPanda sebab isu yang terjadi tu, korang mesti nak tahu apa lagi apps lain yang boleh buat food delivery sama macam FoodPanda tu kan? Why not korang check it out list yang Ainaa buat dekat bawah ni, maybe boleh membantu korang?

DAHMAKAN

Sumber gambar

Siapa pernah order makanan dekat DAHMAKAN? Ha, kalau ada boleh la korang geng dengan Faya sebab Faya ni boleh dikatakan fans nombor 1 DAHMAKAN ni tau! First, of course la korang kena install dulu apps DAHMAKAN ni and for those yang baru first time order, korang boleh dapatkan 25% off dengan cara masukkan code. Dekat situ ada macam-macam pilihan makanan yang semuanya sedap belaka! Korang siap boleh pilih lagi timing penghantaran makanan. Ehemm, nak delivery ke sekolah pun boleh juga kot? Hehe!

GRABFOOD

Alaa, siapa je tak pernah dengar nama GrabFood ni kan? Biasanya kita booking GrabCar kalau nak pergi berjalan kan? This time kita booking GrabFood untuk hantarkan makanan depan rumah kita dengan kadar segera. GrabFood ni selalu je buat promotion free delivery, so korang kena selalu check out their apps untuk dapatkan promotion tu okay? Cakap je nak makan apa, makanan melayu ada, western ada even mamak pun ada tau. Boleh la ajak kakak korang order kalau tiba-tiba lapar waktu tengah malam kan? Hehe!

BUNGKUSIT

Hmm nama apps ni tak berapa familiar sangat, tapi ramai bagi feedback positive tentang apps delivery BungkusIt ni. FYI, diorang bukan je boleh delivery makanan tau. Tapi nak post parcel pun boleh ya. Bukan tu je, mak korang pun boleh minta orang dekat BungkusIt ni untuk belikan barang grocery dan terus hantar depan pintu rumah! Bunyi macam menarik je ni kan? Maybe Ainaa boleh cuba apps ni dan bagi feedback dekat korang nanti?

MAMMAM

Ainaa baru je dengar nama apps Mammam ni, maybe dia dapat nama daripada perkataan ‘Makan’ lalu ditukar kepada ‘Mammam’? Apa yang Ainaa tengok, apps Mammam ni hanya available untuk pengguna dekat area Klang Valley sahaja. Maybe untuk permulaan baru buat dekat area Klang Valley kot, nanti lama-lama mesti berkembang ke tempat lain. Sama juga, ada banyak pilihan makanan dekat situ. Macam biasa, kena sign up untuk permulaan dan korang dah boleh order makanan! Mudah je kan?

Kalau sebelum ni korang pening nak fikir makan apa, sekarang korang mesti dah pening tak tahu nak gunakan apps yang mana satu sebab dah ada banyak sangat kan, hehe! But for those yang dah pernah guna mana-mana apps yang Ainaa list ni, share la sikit experience korang!

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Artis VS Depresi! Bagaimana Mereka Survive?

No More Aliran Sastera Dan Sains Tahun 2020?