in ,

Jom Nampak Cute Macam Lisa BLACKPINK Dengan Gaya Rambut Bangs!

Sumber gambar: https://www.deviantart.com/shawnatheplanesfan/art/Lisa-BLACKPINK-Collage-788423060

Aaaaa cutenya bila tengok Lisa BLACKPINK dengan rambut bangs dia! Nampak lebih comel dan muda gituew!

Girls, korang pernah potong rambut bangs? Ainaa teringin sangat potong macam tu.. Tak sabar nak cuba nanti! Jomlah join Ainaa potong gaya rambut ni.. Kalau korang takut menyesal hasilnya tak cantik, meh Ainaa tunjuk sebab kenapa korang kena cuba style bangs ni!

BANTU BENTUKKAN WAJAH

View this post on Instagram

😜

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

Ada certain orang miliki dahi luas atau kita gelar sebagai ‘jendul’. Sometimes orang yang dahi jendul ni tak malu nak tunjuk dahi even tak ada la luas mana pun. Tapi, korang boleh la cuba bangs ni sebab ia akan buat muka korang nampak lebih terbentuk dan nampak runcing. Lagi cute bila korang ikat rambut tapi biarkan lebihan sikit dekat tepi pipi.

NAMPAK MUDA

Related image
Sumber gambar: https://www.wowkeren.com/berita/tampil/00240440.html

Biasanya gaya bangs ni memang sinonim dengan budak sekolah. Sebab tu la korang kena selalu maintain rambut bangs ni. Baru la forever young! At the same time nampak macam Korean sikit. Cute la dengan bangs yang berserabut tapi still nampak terurus!

PILIHAN TERBAIK UNTUK PERUBAHAN

Image result for before and after bangs
Sumber gambar: https://www.allure.com/story/bangs-fall-hair-makeover

Kadang-kadang gaya rambut ni buatkan kita nampak lain daripada yang lain. Bila lagi korang nak buat perubahan kalau bukan sekarang ni? Maybe korang ada rambut yang panjang tapi sayang sangat nak potong, tapi still ada rasa nak potong rambut. Untuk puaskan hati sendiri, suruh la orang dekat kedai tu potong bangs korang!

LEBIH CONFIDENT

via GIPHY

Sebabkan ramai yang tak berani nak tampil dengan gaya ni, korang kena la jadi yang terawal pecahkan perasaan rasa segan tu! Mesti korang akan rasa lebih confident dan jadi orang yang baru. Mana tahu lepas ni ramai pula kawan-kawan yang ikut jejak korang tu. Dah boleh jadi influencer la lepas ni, hehe!

Rasanya Ainaa dah tak sabar nak ikut gaya potongan rambut bangs ni. Baru la feeling cute macam Lisa BLACKPINK! Korang prefer gaya rambut macam mana? Ainaa dah join #TeamBangs!

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pakai Lipstick Nude Nampak Pucat? Ikut Cara Ni!

#LunaSquad: Ilyas Suka Makan Nasi Bukan Kawan.