in ,

Jom Layan 4 Movie Baru Dekat Netflix!

Sumber gambar: reeladvice.net

Sekarang ini ada banyak sangat online website untuk tengok movie, so kita sebagai penonton sendiri ada pilihan untuk tengok drama atau movie favorite sendiri. Antara salah satu websiteΒ untuk menonton cerita yang digemari ramai ialah Netflix. Since Netflix pun memang ada banyak pilihan movie dan drama menarik untuk ditonton, korang sendiri mesti pening tak tahu nak tengok apa kan? End up tak tengok pun sebab tak boleh nak buat pilihan.

For those yang memang kaki movie atau drama, bulan ini Netflix akan keluarkan banyak cerita best yang boleh kita semua layan tau. Maybe dengan adanya cadangan movie daripada kami ini akan buatkan korang dah tak pening kepala nak fikir selepas ini. Teruskan membaca untuk tahu movie menarik di Netflix pada bulan ini ya…

RATCHED

Mengisahkan tentang seorang jururawat di sebuah hospital psikiatri sekitar tahun 1947, Midlred Ratched lakonan Sarah Paulson yang terpaksa mengharungi banyak kisah misteri dan kisah gelap sepanjang berkhidmat di hospital tersebut. Hospital tersebut telah membuat banyak eksperimen baharu mengenai tahap pemikiran manusia. Pada awalnya Mildred hanya la seorang jururawat biasa yang kelihatan normal seperti orang lain tetapi lama kelamaan bagaikan ada satu kuasa kegelapan yang menguasai dirinya. Drama ini bakal menemui penonton di Netflix bermula pada 18 September ini. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel yang berjudul One Flew Over The Cuckoo’s Nest yang mana novel ini memberi fokus tentang kisah pemikiran penghuni rumah sakit jiwa.

THE DEVIL ALL THE TIME

Barisan pelakon hebat di dalam movie ini membuatkan ramai penonton berasa tak sabar untuk menantikan 16 September ini. Antara pelakon yang membintangi movie ini ialah Tom Holland, Robert Pattison, Sebastian Stan, Bill Skargard dan ramai lagi. Filem ini juga diadaptasi daripada novel Donald Ray Pollock yang mengisahkan tentang kisah keluarga Russell yang menetap di bandar Knockemstiff, Ohio dan juga Virginia Barat. Filem ini agak seram untuk ditonton kerana ia memaparkan banyak adegan pembunuhan, pemerkosaan dan juga pengorbanan binatang. Untuk sesiapa yang tak sanggup untuk tengok, mungkin korang tak mampu untuk bertahan habiskan movie ini.

ALIVE

Seelum ini filem Alive sudah ditayangkan dekat Korea Selatan dan ketika itu filem ini telah berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton di sana. Filem bergenre thriller zombi ini bakal membuat tayangan perdana antarabangsa pada 8 September ini di saluran Netflix. Kisah tentang wabak virus misteri yang melanda seluruh Seoul ini berkembang dengan begitu laju sehingga ia berada di luar kawalan semua pihak. Dalam keadaan menjadi huru hara, Joon-woo (lakonan Yoo Ah-in) selaku seorang vlogger yang gemar bermain video berjaya untuk survive ketika keadaan berada di luar kawalan sehingga memaksa dia untuk mengurung dirinya di dalam apartment ketika diserang oleh zombi. Untuk pengetahuan korang juga, ketika dunia dilanda virus Covid-19, filem ini telah mencapai jumlah tontonan tertinggi di box office Korea Selatan pada lima bulan terakhir ia ditayangkan. Nampaknya mereka di sana sudah bersiap sedia sekiranya kita diserang oleh zombi ya, hehe!

THE HAUNTING OF BLY MANOR

The Haunting of Bly Manor merupakan sambungan The Haunting of Hill House yang berlatar belakang ketika tahun 1980-an di England. Kematian tragis pasangan suami isteri, Henry Wingrave membuatkan keputusan untuk mengupah seorang pengasuh muda dari Amerika bernama Victoria bagi menjaga anak-anak pasangan itu yang tinggal di Bly Manor bersama dengan pekerja yang lain di sana. Disebalik tersergam indah rumah agam tersebut telah tersembunyi sebuah kisah misteri di loteng rumah tersebut. Pada bahagian loteng tersebut terdapat banyak anak patung yang disimpan disitu. Hari demi hari rahsia disebalik rumah tersebut mula diketahui oleh Victoria sendiri. Macam menarik je filem ni kan, nampaknya memang kena tunggu la ia ditayangkan dekat Netflix pada hujung bulan ini.

Harapnya korang dah tahu mana satu filem terbaik yang bakal korang tonton dekat Netflix nanti. Tak ada la buang masa scroll je tapi tak tengok pun kan…

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Abaikan Mandian Air Sejuk, Ini Kebaikan Sebaliknya…

Seokjin BTS Tangguh Military? + Buat Lagu Baru Untuk ARMY?