in ,

Jom Korek Rahsia Pemalas Boys!

Sumber gambar: https://www.understood.org/en/learning-attention-issues/child-learning-disabilities/organization-issues/understanding-your-childs-trouble-with-organization-and-time-management

Ehemm, meh dekat sikit girls! Kita ada top secret about boys ni! Tapi bukan la semuanya rahsia buruk, ada la juga yang ‘baik’, hehe!

Hey boys and girls! Excited tak dengan tajuk article kita harini? Hehe! Bukan apa la, tiba-tiba harini rasa macam nak share sikit ‘top secret’ perangai pemalas boys ni. Semua yang Ainaa tulis ni berdasarkan cerita kawan-kawan lelaki je la dan pemerhatian sendiri. Maaf la boys kalau rahsia korang dah bocor ya, haha!

MALAS BASUH BAJU

Image result for baju longgok
Sumber gambar

Satu baju tu korang selalu pakai berapa kali ya wahai jejaka impian gadis-gadis? Adakah lepas dah pakai dua tiga kali baru korang basuh? Atau selagi tak berbau, selagi tu tak basuh? Tapi rasanya tak semua boys yang ada perangai malas basuh baju ni kan? Kalau dekat rumah senang la, campak je dalam bakul nanti mak korang kutip. Ni yang duduk asrama ni macam mana? Jangan malas basuh baju ya, nanti crush tak suka!

MALAS CUCI PINGGAN

Image result for pinggan bertimbun
Sumber gambar

Ya Allah! Part malas cuci pinggan ni yang rasa nak marah ni. Hello boys, pinggan tu bukannya berat sangat nak bawa pergi sinki dan basuh! Takkan lepas makan pun nak mak atau adik beradik perempuan yang basuhkan? Ni baru pinggan makan, tak tahu la kalau-kalau ada sisa makanan dekat dalam bilik yang masih tak dibuang tu. Senang lepas ni korang pakai je la pinggan plastik. Habis makan terus buang, tak payah susah susah nak bergaduh dengan adik atau kakak sebab korang malas sangat nak cuci pinggan tu.

MALAS GOSOK BAJU

via GIPHY

Kalau korang perhatika baju boys, mesti ada royok-ronyok sebab tak gosok. Know what? Sebab diorang kalau boleh memang malas nak gosok baju! Kalau ada baju yang tak perlu digosok, confirm diorang borong satu kedai punya. Actually diorang boleh je gosok baju tu sebab confirm la nampak lagi kemas dan handsome! Boys, korang boleh je iron baju tu sebelum tidur, tak ada la nanti kelam kabut nak bersiap sampai kena pakai baju berkedut!

MALAS KEMAS RUMAH

Image result for bilik bersepah
Sumber gambar

Setiap kali weekend je mesti dengar suara mak mengamuk bising suruh diorang ni kemas bilik. Malas kemas rumah tu takpe la, tapi bilik pun malas nak kemas memang meminta dibebel la kisahnya kan. Kalau korang la kan girls, tak ke rasa marah bila abang atau adik malas nak kemas bilik? Bilik kan sepatutnya jadi ‘syurga’ dunia buat kita semua sebab dekat situ la tempat habiskan masa untuk tidur. So boys, please jangan malas malas nak kemas bilik okay?

So boys, adakah korang tergolong dalam kalangan boys yang pemalas ni? Girls, apa pendapat korang tentang boys yang pemalas ni? Boleh buat boyfriend ke tidak? Renung-renungkan dan selamat bercinta, eh?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Payah Beratur Beli McShaker! Buat Sendiri Pun Boleh

LUNARIUH: Jungkook Doll, Idol Idaman, Denda Lemon