in , ,

Jom ‘Korek’ Port OOTD Paling Onz!

Sumber gambar: http://cleo.com.my
Sumber gambar: Instagram Lunaria

Dah bersiap cantik-cantik tapi tiba-tiba tak jadi nak keluar dengan parents sebab ada hal tertentu… Takkan nak buang makeup dan tukar baju pula? Penat-penat je kan bersiap sekali tak jadi. Jangan buang dulu makeup cantik tu, maintain je and jom ajak diorang pergi port best untuk OOTD!

ASTAKA MOROCCO, PUTRAJAYA

Sumber gambar: IsskndarAriffin

Nak feeling macam dekat oversea? Ajak la siblings tu pergi Astaka Morocco dekat Putrajaya. Masuk percuma dan korang boleh ambil gambar berlatar belakangkan ukiran seni bina Tamadun Islam. Lagi best kalau ajak kawan-kawan sekali, baru la #GirlSquad! Tapi ada certain part dekat dalam tu tak dibenarkan untuk gunakan kamera. Cuma make sure korang bawa air dan payung sebab dekat sana matahari terik lain macam.

BATU CAVES

Sumber gambar: ExpatGo

Batu Caves ialah tempat beribadat agama Hindu tapi dekat sana ada tangga tinggi dengan pemandangan yang sangat cantik dan sesuai untuk korang ambil gambar OOTD! Biasanya orang akan ‘hiking’ naik dekat atas tu awal pagi untuk elakkan kesesakan. Korang boleh OOTD sepanjang tangga tinggi berwarna-warni tu dan kalau pandai cari angle yang cantik, gambar akan jadi onz!

JALAN ALOR CHANGKAT, BUKIT BINTANG

Sumber gambar: The Partying Traveler

Walaupun Changkat ni dikenali sebagai ‘dark side‘, tapi sebenarnya ada keindahan sebalik kegelapan. Gituew sis! Kalau korang masuk dekat satu lorong area situ, ada art dekat sepanjang lorong kecil tu. Setiap lorong dan dinding ada maksud seni lukisan yang tersendiri. Memang puas hati la girls kalau korang ambil OOTD dekat sana.

PAVILION

Sumber gambar: http://www.kuala-lumpur.ws/

Girls, kalau korang pergi area Pavilion waktu malam, confirm you girls akan suka! Even baru berdiri dekat tengah jalan pun feeling rasa macam ada dekat New York City okay girls. Make sure dah setting betul-betul camera untuk dapatkan shoot yang menarik. Time ni lah nak buli MAKMAE korang! Dekat sini ramai je orang ambil gambar tak kisah waktu siang atau malam.

So girls, mana lagi port korang OOTD? Meh la share dengan Ainaa sebab Ainaa pun rasa dah lama tak keluar pergi OOTD. Maybe kita boleh pergi sama-sama ke? Hehe!

 

 

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Get Ready Bag ‘Emergency’ Waktu Period!

Mata Besar Macam Doll Ke Hantu? Uwaa…