in ,

Jom Kenali Girl Group NiZiU! Group Jepun Pertama Di Bawah JYP!

Sumber gambar: dbkpop.com

NiZiU berjaya mencuri perhatian orang ramai selepas JYP Entertainment membuat pengumuman bahawa mereka adalah girl group baharu yang berasal dari Jepun. Debut mereka dibawah agensi JYP sempat dikritik oleh orang ramai sebab ramai yang risau dengan nasib ITZY yang baru sahaja debut pada tahun lalu yang juga dibawah agensi yang sama JYP Entertainment. Akan tetapi, semua peminat ITZY jangan risau sebab JYP akan fokus promosi dan buat segala aktiviti NiZiU utamanya di Jepun ya! Hehe!

Sumber gambar: kpop starz

Untuk pengetahuan korang ada yang cakap NiziU ini konsepnya lebih kurang sama dengan TWICE kerana mereka dibentuk melalui survival show iaitu Nizi Project atau Rainbow Project yang mana menunjukkan proses pembentukan girl group dari proses audition sampai lah ke fasa terakhir. NiZiU ini juga adalah hasil kerjasama Sony Music dan JYP Entertainment, dan pada 29 Jun lalu mereka telah release album mini pre-debut berjudul Make You Happy yang telah meraih lebih 37 juta tontonan selepas muzik videonya dilancarkan. 

Jadi untuk mengenali ahli NiZiU ini memang mudah sangat walaupun ramai sebab mereka ada 9 orang anggota yang memang nampak sangat comel dan lovely sesuai dengan konsep yang dibawakan seperti dalam album. NiZiU terdiri daripada Mako Yamaguchi, Riku Ōe, Rima Yokoi, Rio Hanabashi, Maya Katsumura, Miihi Suzuno, Mayuka Ogō, Ayaka Arai dan Nina Hillman.

Sumber gambar: dbkpop

So far, mereka juga sudah mempunyai empat lagu tau iaitu Beyond The Rainbow, Baby I’m a Star, Boom Boom Boom, termasuklah Make You Happy. Walaupun baru sahaja debut, NiZiU mendapat sambutan yang sangat baik daripada ramai peminat. 

Kalau korang wonder nak tahu apa makna NiZiU ini, ia adalah singkatan kepada perkataan need you dan dalam bahasa Jepun pula ia adalah “niji” yang membawa makna pelangi. Selain itu, NiZiU ini juga dah ada nama fandom sendiri juga tau! iaitu WithU. Woah! Macam saling melengkapi pula kan! When I NiZiU, I will come to you and now I am WithU! Huhu! Apo?

Sumber gambar: all kpop

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kafe Hot Spot Sekitar KL Harus Cuba

Jinu WINNER Tak Pandai Ambil Selfie?