in ,

Jom Keluar Peluh Hujung Minggu!

Sumber Gambar: https://www.masterbadminton.com

Menjaga kesihatan amatlah penting, lagi pada usia yang muda ini! Bukan setakat menjaga permakanan tapi kita juga perlu kekal aktif. Kita boleh melakukan pelbagai perkara untuk kekal aktif, antaranya bersukan. Kalini LUNARIA nak bagitahu korang manfaat bermain badminton, sukan yang boleh dimainkan di rumah dan bersama keluarga.

MENURUNKAN BERAT BADANΒ 

via GIPHY

Bukan setakat menjaga permakanan, korang juga perlu melakukan cardio. Cardio ni adalah senaman untuk menguatkan otot. Bila otot kuat maka jantung dapat mengalirkan darah dengan lancar, dan sekaligus dapat meningkat metabolism dalam badan. Bila metabolism meningkat maka, makin cepatlah ia membakar lemak di dalam badan.

MENINGKATKAN FUNGSI OTAKΒ 

Sumber Gambar: https://coreymondello.com

Bermain badminton ni adalah satu senaman untuk otak. Kenapa? sebab ketika kita bermain, volume darah akan bergerak laju terus ke jantung. Dengan terjadi perkara sebegitu, maka ia meningkatkan kerja saraf dan meningkat masa otak… senang cerita otak lebih aktif dari biasa dan peka.

MENGUATKAN OTOTΒ 

Sumber Gambar: https://hellosehat.com

Boleh dikatakan kesemua otot kita akan digunakan ketika bermain badminton, ialah kita perlu melompat, berlari dan menunduk. Dengan senaman sebegini, otot kita akan menjadi kuat dan fleksibel. Jadi kita tidak akan ada masalah ataupun berisiko dalam melakukan segala tugas harian, juga terselamat dari masalah lemah pergerakkan.

MENGURANGKAN STRESS

via GIPHY

Badminton juga bagus untuk kesihatan mental ye, sebabnya ketika bermain badminton otak akan melepaskan hormon endorphin, dopamine atau dikenali sebagai hormon mood bahagia untuk menggantikan hormon cortisol dan epinephrine yang membuatkan kita stress. Dengan hormon mood bahagia ni kita akan rasa tenang dan happy.

MENCEGAH DARI PENYAKIT ‘

Sumber Gambar: https://blog.policystreet.com

Ha! Korang mesti akan terkejut kerana dengan bermain badminton ni dapat menghilangkan risiko dari masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti. Ini kerana salauran darah korang akan sentiasa bergerak laju dan lacar, juga membakar kolesterol di dalam badan.

Badminton adalah sukan ataupun senaman yang paling mudah dilakukan, sama ada di outdoor ataupun indoor. Bukan setakat memberi tubuh badan, bermain badminton ni juga dapat mengeratkan silatulrahim korang bersama keluarga ataupun kawan. Banyakkan manfaat main badminton ni kan? Apa lagi, jom! Kita main.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Beg Sekolah Sepah Macam Sarang Tikus?

Wany Hasrita Pilih Greece, Sebagai Destinasi Klip Video Lagu Terbaru β€œTerlalu Memuja”