in ,

Jom Jalan-Jalan Tempat Best Di Ipoh!

Sumber gambar: twitter.com/imnkamilia/

Seronoknya kalau dapat pergi makan-makan lepas itu jalan-jalan ambil gambar OOTD! Penang macam dah biasa sangat orang pergi. Hmm maybe dekat Ipoh ada tempat best?! Jom ajak parents lepak Ipoh weekendΒ ini!

Jom guys! Jom kita pergi short trip ke Ipoh! Korang takkan rasa rugi sebab dekat Ipoh ada banyak tempat best untuk dilawati. Even nak habis pusing tempat best dekat Ipoh itu selama sehari pun tak cukup tau! Ainaa sendiri yang duduk area Ipoh pun tak habis berjalan dekat sana. Tapi for those yang nak bercuti dalam budget yang rendah dan tak nak pergi jauh-jauh sangat, Ipoh ialah tempat yang paling terbaik untuk korang lawati! Jom LUNARIA bagi list dekat korang beberapa tempat best yang ada dekat Ipoh supaya senang untuk korang lawati bila berjalan ke sana!

TASIK CERMIN

Dari luar memang nampak agak seram sebab nampak seperti kawasan terbiar. Tetapi bila dah masuk dalam, confirm korang takkan rasa menyesal langsung. Laluan untuk ke Tasik CerminΒ  agak mencabar sikit disebabkan jalannya yang banyak lubang dan Tasik Cermin itu merupakan di dalam kawasan bauksit. So tak pelik kalau jalannya banyak berlubang sebab banyak lori keluar masuk. Sebelum korang sampai ke tasik tersebut, korang akan lalui satu lorong gua yang akan ‘membawa’ korang terus ke Tasik Cermin. Korang pernah tengok movie Pinjamkan Hatiku? Haa, untuk pengetahuan korang, ada satu scene dalam movieΒ dilakonkan dekat Tasik Cemin. Sebab kenapa ia dipanggil sebagai Tasik Cermin ialah kawasan tasik itu dikelilingi dengan gunung dan bila diteliti dengan baik, air tasik itu sebiji macam cermin sebab nampak pantulan semula kawasan sekelilingnya. So, bila korang menjerit, boleh dengar semula suara korang bergema. Cuma dinasihatkan kalau nak ke sana, jangan masuk waktu dah nak dekat senja. Satu bahaya sebab dah nak gelap dan satu lagi itu kawasan tasik, tak elok ke tempat macam itu waktu senja.

PLAN B

Iya, Ainaa tahu dekat Bangsar pun ada kedai Plan B. Tapi kalau dekat Ipoh, kita panggil Plan B sebagai tempat tumpuan untuk sesiapa yang suka ambil gambar OOTD. Di sekitar Plan B ada kedai jual ais kepal, aksesori, kedai baju, barber shop, Container Hotel, Book Xcess, muzium Yasmin Ahmad, Concubine Lane dan tumpuan terbaru dekat kawasan itu ialah Cafe Harry Potter. Confirm korang tak tahu nak ke mana dulu bila dah sampai dekat dalam kawasan Plan B. Kalau Ainaa, Ainaa akan terus makan ais kepal dulu then baru pusing dan ambil gambar dekat kawasan sekitar. Paling best ialah masuk ke dalam muzium Yasmin Ahmad. Dekat dalam muzium itu, korang akan dapat tengok iklan dan juga movie yang pernah dihasilkan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad sendiri. Kawasannya pun cozy je dan korang boleh menonton movie berapa lama yang korang mahukan. Dekat areaΒ itu pun memang ada port best untuk bergambar dan korang boleh juga nikmati roti cheese rainbow! Alaaa, bila cerita rasa macam excited pula sebab Ainaa sendiri dah lama tak ke sana. Jom girls?

BANYAK TEMPAT MAKAN

Cakap tentang makan memang takkan habis dekat Ipoh ini. Cakap je apa yang korang nak, confirm semua ada dekat Ipoh. Daripada makanan Melayu sampailah ke makanan Cina sekali pun. Kalau datang ke Ipoh, tak lengkap rasanya bila tak datang ke New Hollywood untuk merasai roti goyang, chee chong fun, mee wantan udang dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, korang boleh merasai hidangan nasi ganja! Jangan risau, nasi ganja ini tak memabukkan pun. Sedap lagi ada geng! Boleh dikatakan bahawa Ipoh ini ialah mini Penang sebab semua benda yang korang cari, ada dekat Ipoh. Bukan itu sahaja, kalau korang nak cari kafe hipster pun ada banyak dekat sana. Tapi kebanyakannya hanya dibuka pada waktu petang sehingga malam. Ooohh, jangan lupa singgah ke Gerbang Malam juga. Ia sepertiΒ uptown, ada jual macam-macam benda termasuklah makanan, pakaian, mainan dan banyak lagi.

PASAR KARAT

Bangun awal pagi dan terus gerak ke Pasar Karat. Confirm korang akan jumpa banyak barangan antik. Bapa-bapa biasanya memang suka barangan antik, klasik katanya ya. Tapi korang memang kena datang awal pagi sebab waktu itulah ada banyak barang baru. Nak beli TV klasik? Ada juga dekat sana. Pokoknya apa sahaja barang lama atau antik yang korang cari, memang akan ada dekat Pasar Karat sana. Bukan setakat jual barang antik je, makanan pun ada juga, hehe! Make sure korang pegang tangan parents kuat-kuat sebab kebarangkalian untuk ‘hilang’ dekat situ memang tinggi sebab ramai orang dan sesak.

Aduh, kalau ikutkan hati banyak lagi tempat best yang kami nak suggest dekat korang! Tapi memang tak cukup. Disebabkan itu, korang kena datang sendiri ke Ipoh untuk merasai pengalaman dekat sini! Ehemm, kalau ada yang nak pergi short trip ke Ipoh, jangan lupa ajak kami ya!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makanan Raya Cina Yang Mungkin Korang Akan Suka

Tricks Ambil Gambar Gaya Influencer IG