in ,

Jom Ikut Cara Neelofa Bahagia Dunia Akhirat

Sumber gambar: https://www.instagram.com/neelofa/

Muka cantik, personaliti menarik, berjaya dalam bisnes, selalu bagi inspirasi dan banyak lagi la! Macam mana la agaknya nak berjaya macam Neelofa ni!

Siapa je yang tak kenal dan tak rasa terinspirasi dengan pengacara cantik dan berjaya ni? Rasanya semua orang nak berjaya macam Neelofa kan? Even orang dewasa pun jadikan dia idola, lagi-lagi dalam bidang bisnes sebab dia sendiri berjaya dalam bisnes dan karier seni. No wonder la Neelofa ada ramai peminat yang setia support dia dari belakang walaupun ada juga golongan yang tak suka dengan kejayaan pelakon kelahiran Pasir Mas, Kelantan ni.

BTW article ni bukan la bertujuan untuk ‘kipas’ Neelofa, tapi hanya sekadar perkongsian untuk tambah pengetahuan dan juga untuk berjaya sama-sama. Korang pun mesti nak berjaya macam Neelofa juga kan? Jom check it out apa agaknya rahsia yang selalu Neelofa amalkan untuk berjaya di dunia dan di akhirat yang boleh kita amalkan bersama.

SELALU BERZIKIR WALAU DI MANA-MANA

Biasanya kita kalau dah berbual dengan kawan-kawan atau family mesti tak fikir benda lain dah. Confirm fokus dengan perbualan tu je, maybe ada selingan dengan main phone sekejap. Tapi tidak bagi pelakon drama Red Velvet ni. Ada banyak video yang mana menunjukkan Neelofa sembat berzikir dengan menggunakan tasbih atau alat elektronik zikir. Macam video dekat bawah ni, sambil dia berborak dengan saudara mara, sempat juga dia pegang tasbih dan berzikir. At the same time, ada juga video yang tunjuk dia sempat mainkan ayat al-Quran sambil bersiap untuk makeup. Korang mesti sambil makeup tu bukak lagu rancak untuk naikkan mood kan? Haa, itu la bezanya kita dengan Neelofa, hehe! Jom cuba ikut cara dia ni nak? Sambil bersiap tu dapat la juga pahala ikut bacaan al-Quran,

ADA PLAYLIST SENDIRI

Macam yang korang tahu, Neelofa ialah pengacara untuk sebuah program terkenal di sebuah station TV. Beberapa episod yang lepas, Neelofa ada kongsikan apa yang dia buat setiap pagi sesudah bangun tidur. Kalau kita mesti bangun je terus main phone kejap, then sambung golek sekejap atas katil after that baru bangun mandi. Tapi untuk Neelofa, dia ada caranya sendiri untuk memulakan paginya. Mengikut apa yang dikatakannya, dia ada playlist Subuh which is dekat dalam playlist tu ada koleksi surah, doa-doa harian dan zikir. So bangun je pagi, dia akan terus on playlist tu dan mulakan aktiviti pagi untuk mandi dan tunaikan solat Subuh. Bagi dia cara tu ialah bertujuan untuk melapangkan dada, menenangkan jiwa dan sebagai cara untuk memohon rezeki digandakan. Cara ni best juga kan? At least tak ada la rasa serba salah untuk sambung tidur lepas dah bangun tu. Dapat juga pahala kalau sekadar mendengar je kan.

AMALKAN DOA PEMBUKA REZEKI

Korang perasan tak ada satu masa tu dekat Twitter bersepah ramai orang share doa pembuka rezeki yang diamalkan oleh Neelofa dalam sebuah rancangan. Waktu tu ramai gelarkan ia sebagai ‘doa Neelofa’ dan ada yang bagi feedback positive lepas amalkan doa yang dikongsikan oleh Neelofa tu. Setiap orang mesti ada doa yang dia amalkan, tapi tak salah pun kalau kita nak ikut juga doa yang baik macam tu kan? Kata orang benda baik kena la share ramai-ramai supaya boleh dijadikan panduan untuk orang lain juga. Kita pun dapat pahala juga kalau share dengan orang lain.

Ada tak antara apa yang Neelofa buat ni pun korang memang dah buat? Kalau ya, mesti korang dah rasa perubahan tu kan? Hmm, Ainaa pun rasa macam nak ikut juga cara Neelofa ni. No wonder la kenapa rezeki dia makin terbuka luas, dapat offer job sana sini sampai ke luar negara. Tak sabar pula rasanya nak start esok! Hehe

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu Wajib Nyanyi Di Karaoke Dengan Kawan

Jenis Kawan Dalam Kelas Yang Selalu Hiburkan Kita