in ,

Jom Elak Mengantuk Dekat Sekolah Waktu Berpuasa

Sumber gambar: https://thriveglobal.com/stories/sleep-deprivation-whats-occupational-therapy-have-to-say/

Bagi Ainaa, tidur ni benda wajib yang dibuat setiap hari. Tak kisah la sekejap ke lama, asalkan dapat tidur, memang heaven. Kalau dekat sekolah, confirm korang dengan tidur je kan waktu rehat?  Bulan ramadan ni, jangan la habiskan masa dengan tidur je, kurang pahala tau. Kalau korang nak elakkan mengantuk sepanjang hari dekat sekolah, kena la jaga pemakanan. Korang boleh juga ikut cadangan Ainaa ni which is…

PLAN TIDUR

via GIPHY

Kalau hari biasa korang akan tidur lepas balik sekolah dan waktu petang, bulan puasa ni takkan asyik nak tidur time rehat pula? Tak salah kalau nak tidur, cuma kalau boleh waktu rehat tu korang habiskan la masa dengan buat ibadah dekat surau. Kalau tak nak rasa lemau dekat sekolah, korang kena la bijak atur waktu tidur. Maybe after sahur tu korang boleh tidur dalam masa setengah jam before siap pergi sekolah.

ELAK MINUM KOPI

via GIPHY

Kopi ni macam senjata untuk kita berjaga malam. So, kalau korang minum kopi waktu study malam, macam mana nak dapatkan tidur yang berkualiti? Elakkan juga minum kopi pada waktu sahur dan berbuka. Sebab ia mungkin akan menyebabkan korang sakit especially untuk yang gastrik. At the same time, gula dan caffeine dalam kopi tu akan buat badan korang rasa hyper dan bertenaga. Ia bukan la benda yang baik sebab kita perlu juga berehat, takkan nak bertenaga sepanjang malam kan?

TIDUR DALAM GELAP

Sumber gambar: https://www.wanista.com/2018/174937/ini-alasan-rasulullah-suruh-matikan-lampu-sebelum-tidur/

Tidur yang berkualiti dan paling best ialah bila kita dapat tidur dalam keadaan yang selesa tanpa gangguan. Lagi syok kalau keadaan bilik tu gelap gelita, cuma ada sikit je cahaya lampu. Bila tidur pun dah selesa, bangun nanti badan akan rasa segar, mood pun jadi baik. Dekat sekolah pun korang boleh fokus dalam kelas tanpa rasa mengantuk.

PILIHAN MAKANAN

Sumber gambar:https://thetakeout.com/quitting-junk-food-can-bring-on-withdrawal-symptoms-1829362019

Makanan waktu berbuka dan sahur akan menentukan sama ada kita akan mengantuk atau tidak dekat sekolah nanti. Kalau korang makan banyak waktu berbuka, confirm tidur tak lena sebab nanti asyik nak ke tandas je. Ye la, campur pula dengan makanan yang pedas, manis dan tinggi kalori, mesti sistem penghadaman korang akan terganggu. Bukan tu je, pilihan makanan time sahur pun kena betul. Kalau boleh pilih la makanan yang berkhasiat dan memberi tenaga. Baru la tak mengantuk dekat sekolah nanti.

Tidur sepanjang hari takkan buat kita lebih bertenaga untuk puasa ya. Tapi buatkan badan bertambah letih dan lesu. Sebab tu penting untuk kita jaga pemakanan waktu sahur dan berbuka, okay girls..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bayt Al-Rahmah Lindungi Gadis Terlanjur

“Bercinta Biar Berpada.” -Nurul, Gadis Terlanjur