in ,

Mask Muka Boleh Makan? WHAT?!

Sumber gambar: 10 Edible DIY Face Masks | Ashley Nichole

Hello beautiful girls! Siapa suka makan fruits and veggies boleh geng dengan LUNARIA! Hihi! Kalau korang nak tahu, buah dengan sayuran adalah bahan yang paling sesuai untuk buat mask! Harini LUNARIA nak share mask yang boleh di makan! Are you girls ready?

via GIPHY

CARROT MASK

Selain daripada baik untuk mata, carrot mengandungi vitamin A dan C yang membantu mengurangkan minyak di kulit muka! Cara penyediaannya:

  • Sediakan satu batang carrot dan 5 sudu madu asli
  • Rebus carrot kemudian hancurkannya sehingga menjadi pati
  • Bila pati carrot dah sejuk, campurkan madu tadi dan gaulkan sehingga sebati
  • Ratakan dan biar pada muka selama 10-15 minit sebelum korang bersihkan dengan air suam okay girls?

 STRAWBERRY MASK

Strawberry kalau cicah dengan coklat mesti sedapkan? Yumm! Psstt..sebenarnya strawberry membantu kulit muka menjadi cerah dan glowing tau! Yass! Cara penyediaannya:

  • Hancurkan strawberry guna garfu sambil campurkan 3 sudu madu asli
  • Kacau bagi sebati, sapukan pada muka dan biarkan selama 15 minit then bilas seperti biasa okay?

via GIPHY

 BANANA MASK

Untuk #Lunagirls yang mempunyai jenis kulit muka yang kering, mask pisang sangat sesuai untuk korang! Plus, korang boleh gosok kulit pisang di muka untuk buang sel kulit mati! Menarik kan? Cara penyediaannya:

  • Hancurkan sebiji pisang dan masukkan 1 sudu madu, 1 sudu oatmeal dan 1 sudu susu serbuk untuk effect yang wowww gitu!
  • Terus sapu, ratakan pada muka selama 15 minit dan cuci dengan air suam okay girls?

via GIPHY

AVOCADO MASK

Avocado lover!! Put your hands up! Hihi! Kalau #Lunagirls nak tahu, avocado membantu kulit menjadi lebih licin dan kurang berminyak, dan boleh mengurangkan kesan bekas jerawat! Ohh yes!! Cara penyediaannya:

  • Guna garfu untuk hancurkan separuh buah avocado
  • Campurkan 5 sudu madu asli dan kacau sebati
  • Ratakan diseluruh muka dan biarkan selama 15 minit then bilas muka menggunakan air seperti biasa okay?

Sebenarnya ada banyak lagi jenis buah dan sayuran yang boleh dijadikan mask tau! Apa pun kuncinya  kena rajin, and if korang try nanti jangan lupa tag Instagram @Lunariamy girls! 

P/s: Bahan-bahan yang digunakan maybe tak sesuai dengan semua jenis kulit muka tau! So make sure korang test dulu dekat kulit tangan sebelum sapu di muka okay #Lunagirls?

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Instagram?? Yeay!!

MATA PANDA?! Stressnya!