in ,

Jom Cuba Hobi Baru Sempena Tahun 2020

Sumber gambar: Pinterest.com

Uishh, lagi seminggu je nak masuk tahun 2020! Apa la benda yang aku dah buat selama setahun ni. Agak-agak banyak benda positive ke negative la yang aku banyak buat dulu, hehe!

Ehh, tengah mengenang masa hadapan ke tu geng? Hehe! Korang excited tak nak habiskan tahun 2019 ni? Mesti banyak benda yang korang dah lalui sepanjang 365 hari ni. Korang pun mesti ada hobi tersendiri kan? Tapi since kita nak masuk tahun 2020, nak tak cuba hobi baru? Ye la, kata orang kalau tahun baru ni semua benda kena baru. Bukan azam je kena baru, hobi pun kena baru tau, baru la kekal bersemangat. Ainaa ada beberapa idea best untuk korang jadikan sebagai hobi sempena tahun baru ni, check it out!

AYUH LA KITA MEMBACA GENG

via GIPHY

Orang kata generasi muda ni generasi malas membaca. Korang setuju ke tak? Marah tak bila dengar statement macam ni? Agak-agak kalau korang rasa marah dengan statement ni, boleh la korang pupuk hobi membaca ni dalam diri mulai sekarang. Memang la nampak macam biasa je hobi ni tapi membaca tu penting tau! Banyak benda yang korang akan tahu kalau korang banyak membaca. Lagi-lagi tentang isu semasa yang tengah jadi dekat negara kita ni. Lagi cepat kita baca tentang sesuatu isu tu, lagi bagus sebab boleh share sekali dekat orang lain. Tak kisah la korang nak baca buku, surat khabar, majalah atau apa-apa artikel yang ada dekat internet sekali pun.

JOM BELAJAR BAHASA ASING

via GIPHY

Sekarang ni kan semua tak habis lagi dengan K-drama la itu ini semua. Dah tiba masanya untuk korang mula belajar bahasa asing yang korang minat. At least kalau tengok drama tu, korang tahu la apa yang dibualkan. Mana tahu kalau berpeluang pergi konsert K-idol, korang boleh la faham apa yang mereka cakap dekat atas stage tu. Boleh juga berlagak sikit cakap bahasa Korea dengan kawan-kawan yang lain, nak ajar sekali pun boleh juga. Untung tau kalau korang tahu bahasa asing ni, kemungkinan dapat peluang bekerja dengan mereka pun boleh jadi tau. Tak kisah juga la bahasa apa yang korang nak belajar, Korea ke, Jepun ke atau apa sahaja pun. Kalau rasa susah nak masuk kelas, korang belajar secara online pun boleh juga.

JOIN DUNIA FOTOGRAFI

Image result for aesthetic food photo
Sumber gambar: Twitter

Sebelum ni kan zaman hipster, semua tempat best dan cantik mesti ‘wajib’ ambil OOTD atau gaya ala-ala aesthetic untuk share dekat social media. Sampai sekarang trend tu masih lagi diteruskan dan ada juga yang sampai sanggup join kelas fotografi untuk asah bakat dalam dunia fotografi. Bukan tu je, korang pun boleh buat duit kalau skill fotografi korang power! Untuk permulaan ni korang start ambil gambar pemandangan, makanan atau OOTD pun boleh je. Lama-lama nanti explore lebih lagi dengan cara masuk kelas supaya gaya tu bertambah baik. Agak dah power, boleh la buat side job ambil gambar orang kahwin pula. Siapa kata dengan hobi ni tak boleh nak buat duit? Ramai tau yang dah berjaya peroleh banyak duit dengan cara join dunia fotografi ni. Korang tunggu apa lagi girls and boys?

TOLONG SEMUA ORANG

Image result for help mother meme
Sumber gambar: Pinterest

Bila suruh tolong apa-apa, ada je alasan itu ini sebab nak elakkan daripada kena buat kerja rumah. Mak suruh kemas bilik pun malas, kakak suruh basuh pinggan pun mengelat. Since korang perlukan hobi baru, korang boleh la cuba hobi tolong orang ni. Ringankan sikit tulang tu untuk tolong orang sekeliling. At least hobi korang ni hobi yang elok dan mulia. Mulakan semua ni dari rumah, korang tolong kemas rumah, masak dekat dapur atau ringankan beban mak pun kira bantuan juga tau. Lama-lama nanti mesti korang dah tak berkira atau rasa malas dah. Jadikan amalan tolong-menolong ni sebagai hobi korang mulai sekarang okay.

Korang tertarik tak dengan idea hobi baru yang Ainaa suggest ni? Korang ada idea hobi lain? Ainaa pun tengah nak cari hobi baru juga tahun depan. Mungkin boleh jadikan nyanyian sebagai hobi baru? Mana tahu ada peluang boleh jadi penyanyi, hehe!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Muzik Video Paling Hit Sepanjang Tahun 2019

Happy Birthday V BTS! Ini Vintage Style V Yang Boleh Korang Cuba!