in ,

Jom Cuba Cara Fun Untuk Berhubung Dengan Dia…

Sumber gambar: https://www.konbini.com/en/lifestyle/love-letter-cher-clueless-20th-birthday/

“Tak penat ke WhatsApp 24 jam, sebelum buka, lepas tarawih, time sahur nak kena chat dia..”

Bulan puasa ni, nak jugak la nampak yang korang ni caring dekat dia. Kalau boleh setiap masa nak  chat, kadang-kadang mesti sweet-sweet sekali kejutkan dia sahur. Tapi kalau asyik text je, boring kan? Apa kata korang……

TULIS SURAT

via GIPHY

Zaman Ummi dulu, kalau kita suka seseorang, tulis surat, letak bedak sikit lepas tu bagi dekat dia. Cara ni sebenarnya lebih sweet tau sebabnya surat tu kita boleh simpan dan baca di kemudian hari. Kiranya surat tu boleh jadi kenangan korang. Tapi kalau guna handphone, kena screenshot dulu baru boleh simpan, but then kalau semua nak screenshot memang full la memory handphone tu, hihi.

BERJUMPA

Sumber gambar: https://www.understood.org

Biasa la kalau suka seseorang tu, hari-hari nak jumpa. Tapi waktu bulan puasa ni tak boleh la nak jumpa selalu melainkan dekat sekolah atau tuisyen. Kalau tak pun, plan la dengan dia untuk berbuka bersama, so dapat berjumpa dia walaupun sekejap. Dah jumpa tu, take your time untuk berborak, tanyakan pasal kerja sekolah ke, baju raya ke?  Jangan korang sibuk main handphone pulak. Dah jumpa tu, kena la jaga sikit halal gap tu!

ON THE PHONE

via GIPHY

Maybe kalau tak dapat berjumpa, boleh lah on the phone untuk beberapa minit. Mungkin 15, 30 minit. Kenapa? Sebab bila on call, kita dapat tahu reaction dia compare dengan chat. Jadi kalau ada salah faham ke apa, korang dapat detect dari tone suara.

HANTAR SELFIE

Sumber Gambar: http://kupang.tribunnews.com/

Alahai! Sweet nya asyik bertukar selfie dengan partner. Cara ni lebih fun tau! Tak la kalau chat tu boring sebab semuanya text je, selitkan la sikit kegembiraan korang dekat dia. Contohnya lepas tarawih, kongsikan gambar korang dengan dia, kalau boleh sekali dengan #Donetarawih. Takpun gambar korang tengah masak makanan waktu berbuka, walaupun sebenarnya korang tu tukang kacau je, hihi.

Sebenarnya banyak je cara yang nak buat relationship korang fun. Sekarang ni kan dalam bulan ramadan, kalau boleh ajak la dia solat tarawih bersama. Baru la #relationshipgoals. Tapi ingat jangan lupa study pulak!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Berbuka Dengan Crush Dekat Depan Masjid?

Stop Makan Junk Food Boleh Buat Muka Flawless?