in ,

Jom Check Keperibadian Korang Melalui Cara Bergambar

Sumber gambar: www.pinterest.com/wattpad

Korang tahu atau tidak yang sebenarnya daripada cara bergambar pun, kita boleh tahu karakter seseorang.. Setiap pose gambar kita mengikut mood pada waktu gambar itu diambil betul tak? Agaknya kalau kita asyik posing dengan cara yang sama, kita seorang yang boring? Wow, kena tahu maksud sebenar! Jadi, jom check out korang ini orang yang macam mana melalui cara bergambar! 

ANGKAT DAGU

Sumber gambar: pinterest

Angkat dagu and pose like a diva! Ya, orang yang suka angkat dagu ketika mengambil gambar ini biasanya terkenal sebagai seorang yang mempunyai kepercayaan diri yang sangat tinggi. Korang juga adalah orang yang sangat yakin dengan diri sendiri dan selalu selesa berada dalam kalangan orang ramai, lebih lagi dengan kenalan korang.

AWKWARD SMILE

Sumber gambar: pinterest

Orang yang kerap tersenyum kaku atau hampir semua gambar korang kerap senyum kaku ini sebenarnya adalah seseorang yang sangat kerap berfikir. Mereka juga adalah orang yang steady dan konsisten dalam melakukan sesuatu hal. Mereka yang suka buat awkward smile ini juga adalah orang yang tidak kisah dengan apa pandangan orang lain terhadap mereka.

HAND POSE

Sumber gambar: pinterest

Buat peace sign, heart sign, gomol muka dengan tangan dan lain-lain yang melibatkan hand pose ini biasanya korang adalah orang yang sangat childish. Korang boleh dikatakan orang yang sangat suka berkelakuan seperti kanak-kanak comel walaupun di dunia realiti korang adalah seorang yang sangat matang dan dewasa. Ala… nampak comel sekali sekala okay saja! 

SELALU DI HADAPAN

Sumber gambar: we heart it

Selalu sangat berada di barisan paling depan di dalam gambar dan selalu volunteer untuk baring atau buat pelbagai pose dalam gambar ini adalah orang yang sangat senang dan seronok menjadi perhatian orang ramai. Korang adalah orang yang tidak akan pernah kisah apa orang nak cakap dan korang juga adalah antara orang yang paling mudah nak hidupkan suasana ceria, betul tak?

SILANG TANGAN

Sumber gambar: pinterest

Orang yang selalu bergambar dengan tangan bersilang dan lebih lagi kalau bahu mereka nampak sangat dekat ini adalah orang yang kalau boleh nak proses bergambar itu habis cepat-cepat. Korang adalah jenis yang kurang suka bergambar dan kurang selesa jika nak bergambar lebih lagi bila beramai-ramai sebab janggal.

Ha! Jadi korang orang yang mana satu? Ke korang adalah manusia yang memang setiap gambar itu suka pose lain-lain gaya? Kalau ya, maknanya korang ini mesti adalah orang yang sangat unik dan cheerful. Tetapi tidak kisahlah orang nak cakap apa pun tentang gambar kita, asalkan kita nampak cantik dan bahagia dengan gambar yang diambil itu pun dah memadai, setuju tak? 

What do you think?

13 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Berbulan Tinggalkan Asrama, Cuba Cara Ini Untuk Bersihkan Dorm

Cara ‘Buang’ Blackhead Dengan Mudah Dan Jimat