in ,

Jom Buat Checklist Malam Raya…

Sumber gambar: http://gigi-palsu.blogspot.com/2011/09/raya.html

Checklist dah buat, tapi agaknya apa lagi nak kena prepare ya before raya esok? Actually banyak benda yang korang kena prepare tau, so that pagi raya nanti akan jadi smooth je.. This is a few things yang korang kena buat…

SIAPKAN MENTAL DAN FIZIKAL

Waktu raya ni semua sedara mara akan berkumpul, please prepare diri kalau korang dapat apa-apa soalan cepumas. Ye la, bila lama sangat tak jumpa, confirm macam-macam soalan akan dituju waktu tu. Contohnya korang ni form berapa, anak siapa, exam dapat berapa A dan macam-macam lagi la. Malam ni korang dah kena get ready dengan segala kebarangkalian ni..

KOSONGKAN PERUT

Sumber gambar: https://www.thehealthsite.com/news/foods-you-should-never-have-on-an-empty-stomach-kd0818-591311/

Esok pagi dah raya, confirm korang akan melantak macam-macam jenis makanan dan minuman.. . Make sure malam ni korang dah prepare perut supaya tak rasa terkejut dengan kuantiti makanan yang bakal masuk nanti. Tak nak la, esok pagi orang pergi beraya, kita keluar masuk toilet. Oh no!

PREPARE BEG BESAR

Sumber gambar: https://www.buzzfeed.com/anamariaglavan/suitcases-that-people-actually-swear-by

DUIT RAYA TIMEEEE! Beg raya korang tu besar ke kecil? Kalau besar, good sebab esok misi nak kutip duit raya dah bermula. Kalau beg tu kecil, macam mana nak sumbat semua duit raya yang korang dapat? Minta mak simpankan? Hmm, takut kalau mak korang tersalah bagi duit raya macam mana? Naya je nanti duit raya kurang. Simpan je sendiri dalam beg tu, kalau dah tak muat, sila satukan semua duit raya dalam sampul yang sama.

CHECK OUTFIT

Sumber gambar: https://www.lifestyleasia.com/kl/style/fashion/need-hari-raya-outfits-you-can-count-on-these-malaysian-designers/

Tudung dah iron, baju dah iron, makeup dah tahu nak buat look apa, beg and kasut semua dah settle. Apa lagi yang tak cukup ni? Ha, before tidur malam ni please check balik outfit raya korang. Takut ada yang tertinggal, tak ada la korang meroyan pagi raya tu. Once semuanya dah perfect, boleh la masuk tidur dengan aman. Letak baju dekat tempat yang selamat supaya tak berkedut pagi nanti.

Mesti korang rasa tak sabar nak sambut Hari Raya kan? Sebab Ainaa pun dah excited sangat ni nak tunggu pagi esok. Semoga pagi raya nanti kita semua kelihatan cantik!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebab Iklan Raya Ainaa Tenung Mata Lelaki

Ini Cara Elakkan Makeup Barai Waktu Raya