in ,

Jom Break All The Rules Dengan CRAVITY Group Baru K-Pop

Sumber gambar: kpop.fandom.com

Satu lagi pendatang baru dalam industri muzik K-Pop baru-baru ini memang sangat mendapat perhatian ramai peminat dan pencinta muzik K-Pop. Group baru yang bernaung dibawah agensi Starship Entertainment, iaitu agensi dimana kesayangan para Monbebe, Monsta X sudah ada junior mereka sendiri iaitu kumpulan CRAVITY. Untuk pengetahuan korang, CRAVITY ini baru sahaja release debut album mereka pada 14 April lalu. Sekaligus, mereka juga release music video yang bertajuk Break All The Rules. Woah! Nak jangan main-main eh dengan mereka ni! Baru debut, dah nak break the rules pula ya… haha!

Sumber gambar: DAILYSIA

Sebenarnya, CRAVITY telah mula menjadi bualan ramai orang sejak setiap seorang dari member dipaparkan sebelum mereka debut. Dalam waktu kurang satu bulan, mereka telah mendapat banyak perhatian dan bila release sahaja muzik video Break All The Rules, memang ramai sangat yang suka dengan muzik mereka. Woah tahniah ya! Bukan setakat itu sahaja, ramai juga peminat muzik K-Pop yang cakap dan menjangkakan satu hari nanti mereka akan menjadi ‘rising star’ dalam dunia K-Pop sama seperti senior mereka yang lainnya.

Sumber gambar: hellokpop

Untuk yang tak tahu lagi, CRAVITY mempunyai sembilan (9) orang ahli yang mana semuanya masih muda dan comel lagi. Kehadiran mereka dalam industri muzik baru ini juga telah menarik banyak perhatian sebab sudah ada beberapa orang member yang sudah terkenal dalam kalangan peminat. Woah laju betul korang buat kerja ya! Mereka adalah Minhee, Hyeongjun, Jungmo dan Wonjin, sebab ada yang pernah masuk program ProduceX101 dan ada juga yang sempat debut sebagai ahli kumpulan X1 yang baru sahaja disband tahun ini.

Sumber gambar: SCMP

Kalau korang nak tahu juga, CRAVITY ini adalah nama kumpulan dari creativity and gravity, menunjukkan kumpulan mereka ada semangat nak jadi center of gravity dalam industri muzik K-Pop ini satu hari nanti. Ramai juga yang bersetuju dengan hal ini sebab memang sesuai sangat dengan semangat setiap member CRAVITY, lebih lagi dalam muzik video mereka yang telah mencecah lebih dari 9 juta tontonan tau! 

Bukan setakat itu sahaja, sebagai antara group yang debut pada era kini, CRAVITY juga selalu berusaha untuk mendekatkan diri bersama peminat melalui media sosial yang ada seperti Twitter,Instagram dan lain-lain. Woah! Nanti senang lah korang nak discuss nama fandom korang dengan CRAVITY lepas ini kan! Hehe! Apa-apa pun, Zoe dah dengar lagu Break All The Rules ini, korang dah dengar ke belum? Memang best oh! Lebih lagi mereka punya dance! Fuh dahsyat!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Belajar Bahasa Korea Dengan Mudah Dengan TikTok Famous Ini!

Checklist Aktiviti Sepanjang Bulan Puasa Kita Boleh Buat