in ,

Jom Belajar Perfect Selfie Dengan Bae Suzy๐Ÿคณ

Sumber gambar: https://www.kpopmap.com/k-pop-queen-suzy-shows-treat-fans-right-way/

Bila bab selfie ni, confirm kita akan jadikan artis Korea as refferences supaya dapat posing ala-ala kawai gitu. Baru la dapat banyak likes! Hehe!

Siapa je yang tak suka selfie ni? Perempuan lelaki semua sama je, mesti suka selfie. Tapi paling leceh bila ambil gambar sampai berpuluh, yang berkenan dihati, satu je. Korang mesti teringin nak selfie cantik dan perfect macam Bae Suzy ni kan? Mana taknya, setiap angle cantik la! Jom kita tiru sikit gaya selfie Suzy ni, mana tahu boleh jadikan inspirasi ambil gambar dengan crush weekend ni?

PEGANG SOMETHING

Taknak tangan nampak awkward waktu ambil gambar? Buat-buat la pegang something macam rambut ke, tudung ke or anything yang boleh nampakkan yang korang tengah selesa. Biasanya Suzy ni dia suka pegang rambut sebab ia buatkan muka dia bertambah lagi kecil. Kira macam rambut tu fungsinya untuk tutup pipi ‘bengkak’ la, hehe!

LIGHTING

Biarkan wajah anda ‘disimbah’ dan ‘dicium’ dengan matahari, lagi terang cahaya matahari tu, lagi cantik gambar korang. Suzy selalu pastikan gambar dia cukup lighting, baru la gambar tu nampak hidup. At the same time, lighting ni boleh sembunyikan cacat cela dekat muka kita tau.

FILTER

Filter ni kira BFF Ainaa juga la, pucat macam mana pun gambar tu, terus nampak cantik bila letak sikit filter ni. Tapi lagi best kalau korang guna filter cute macam yang selalu Suzy buat ni. Muka busuk tak mandi pun terus nampak macam baru lepas mandi tau, siap ada makeup lagi tu. Cari la apa-apa filter yang cute sikit.

ANGLE

Ini ialah kunci kepada segala kejayaan perfect selfie. Lighting on point macam mana sekali pun, kalau angle hancur memang tak menjadi juga gambar tu. Make sure korang tahu side perfect korang bila selfie atau ambil gambar full. Lagi cun kalau semua benda ni bergabung dalam satu gambar. Baru la perfect terox gambar korang tu!

Bagi Ainaa kalau nak ambil selfie cute cute, Ainaa akan refer pada mana-maan artis Korea. Untuk gaya ‘meliar’ sikit, tengok dekat IG artis International. Tapi kalau nak gaya normal, IG artis Malaysia la yang terbaik. Hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Kena Mengena Tidur Rambut Basah Dengan Selsema?

#YesNoMaybe : Kenapa Masuk Class Kalau Boleh Ponteng?