in ,

Jom Belajar Makeup Dengan Beautyguru Malaysia!

Sumber gambar: https://selfadmittedgeek.wordpress.com/tag/ugly-makeup/

Teringinnya nak belajar makeup. Tapi kalau nak pergi kelas makeup mesti yuran mahal. Hmm, Youtube kan ada?!

Yes betul tu girls. Tak perlu susah-susah pergi kelas makeup sebab dekat Youtube pun ada banyak tutorial makeup untuk beginner. Korang boleh tengok contoh makeup daripada beautyguru atau Youtuber dari Malaysia atau luar negara. Dekat sini Ainaa akan list beberapa beautyguru yang selalu share makeup tutorial simple for beginner.

NUR FATIN


FYI, Fatin ni bukan la hanya seorang beautyguru tapi dia juga seorang Youtuber yang selalu buat video. Apa yang lainnya Fatin ni ialah dia selalu buat makeup tutorial untuk orang yang alami masalah kulit muka berjerawat. Maksudnya dekat sini, tak semestinya orang yang tak ada masalah kulit je boleh melawa. Tutorial dia pun senang je nak faham dan ikut. Dia ni pun boleh tahan kelakar juga, agak-agak kalau korang taknak tengok makeup tutorial, boleh la tengok vlog dia.

AINAA NABILLA

View this post on Instagram

HAPPY INDEPENDENCE DAY | Hi everyone, this is penutup for Merdeka. Walaupun 1 hari je kita sambut merdeka. Tp setiap hari adalah hari merdeka kita semenjak tahun 1957. No matter where we live or which country we pursue our study. Kita tetap anak Malaysia. Btw sorry ainaa baru perasan y bendera dia inverted. Sbb dlm cermin nmpk lain. Dekat camera nmpk lain πŸ€£πŸ˜…. Apa pun i hope you enjoy this video. . For the bendera, Blue and Yellow colour ainaa guna Nyx vivid bright eyeliner. And merah ainaa guna eyeshadow but then lupa boleh guna lipstick 🀣. So first eyeshadow then topup pkai lipstick. White colour ainaa guna Kryolan Supracolour. Actually semua nk pkai nyx sbb colour dia lagi pigmented. Tp haritu dekat store xd colour merah n putih. So ainaa just pkai ap y ainaa ada. . Details; @peterthomasrothofficial Wrinkle Resist Serum @fentybeauty Pro Filt’r Mattifying Primer, Brow Wip (BlackBrown) & Sun Stalk Bronzer (Shady Biz) @luna_malaysia Essence Water Pact FX Foundation & Long Lasting Tip Concelear @etudehousemalaysia Play 101 Stick @nyxcosmetics_my Off Tropic Palette, Vivid Brights Eyeliner, Lingerie Push Up (Teddy) & Sweet Cheeks Blush (Citrine Rose) @bobbibrown Nude Illuminating Powder @maybelline Master Chrome Highlight (Molten Gold) & Sensational Liquid Matte (Barely Nude) . #NYXCosmeticsMY #BobbiBrownMY #FentyBeauty #SephoraMY #FallBeautyBeats19 #MaybellineMY

A post shared by AINAA NABILLA MUA (@ainaanabilla) on

If you girls memang mencari beautyguru yang mampu buat semua look dalam masa yang singkat dan paling simple, ini la orangnya. Setiap hari, Ainaa akan post makeup tutorial bermacam-macam look untuk korang. Daripada simple makeup look sampai la heavy, semua ada complete. Dia ada juga ajar macam mana nak lukis kening, pilih foundation yang betul dah banyak lagi. Rajin-rajin la stalk dia dekat Instagram kalau nak tengok.

CILI BLING

Jangan salah faham, Cili ni ialah nama dia ya bukan cili yang mak korang buat masak sambal tu. Tak silap Ainaa, Cili ni bukanla orang Malaysia sebab parents dia mix tapi dia menetap dekat sini. Apa yang paling best tentang makeup tutorial Cili ni ialah, dia selalu pandai tarik perhatian penonton dalam setiap look yang dia buat. Semuanya nampak perfect dan cantik walaupun barang yang dia gunakan tu macam ada tak ada je. Cuba korang tengok semua tutorial dia, mesti terus rasa jatuh cinta dan nak buat semua look yang dia ajar.

AIMAN SYAHIRAN

Tak payah cakap banyak la tentang makeup look yang Aiman ni buat, semuanya best-best walaupun ada yang pelik sebab dia suka cuba gaya yang baru. Pernah satu kali tu dia buat makeup ala-ala alien dan memang menjadi macam alien yang kita tengok dalam TV tu. Walaupun Aiman ni lelaki, tapi korang boleh je ikut tutorial yang dia bagi sebab kebanyakannya memang simple. Even guna barang drugstore sekali pun, still akan nampak cantik. Ikut yang baik-baik je okay girls.

Sebenarnya kalau nak list, banyak sangat sampai tak cukup page nanti. Ini hanyala jalan mudah untuk korang yang nak belajar makeup tapi masih nak jimat dengan hanya tengok tutorial dekat Youtube. Tapi kalau korang ada duit lebih, boleh je pergi belajar makeup. Apa pun, keep loving yourself ya #Lunagirls semua!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tanda Awak Belum Matang Dalam Banyak Perkara

Apa Nak Buat Kalau Nampak Matang Dari Umur Sebenar?