in

Jom Belajar English Dengan Lirik Lagu!

Sumber gambar: ghostwritingllc.com

Hai #Lunagirls! Cuti sekolah tak lama lagi, so korang ada banyak masa terluang kan? Jom asah bahasa Inggeris! Korang nak belajar English dengan cara paling mudah dan tak payah buka dictionary tak? Harini LUNARIA nak kongsikan senarai lagu yang boleh bantu untuk asah bahasa Inggeris korang! Let’s begin~~

THE ONLY EXCEPTION – PARAMORE

via GIPHY

Lagu ni paling senang melekat dekat kepala tau! Sebab lirik dia berulang dan lagu ni akan ajar kita macam mana nak guna perkataan ‘I’ dan ‘You’ dan penyambungan kata nama seperti ‘Am’, ‘Are’ dan ‘Is’! Selain itu, lagu ni juga menceritakan tentang cabaran hidup seorang gadis yang mengharungi masalah rumah tangga ibu bapanya.

LOVE STORY – TAYLOR SWIFT

via GIPHY

Lagu ni sweet sangat tau! Lagu ni akan mengajar #Lunagirls pengunaan perkataan “Have been” yang betul. Contohnya: “Romeo, save me I’ve been feeling so alone”, jadi setiap kali anda ingin menggunakan perkataan “Have been” pastikan kata kerja selepasnya ada “ing”. “Have been” ni fungsinya untuk mengambarkan sesuatu yang dirasa atau dilakukan dari dulu sampai sekarang!.

VIVA LA VIDA – COLDPLAY

via GIPHY

Yang ni bukan lagu Dato Sri Vida okay! Haha! Lagu Viva La Vida pula mengajar kita menggunakan perkataan “Used to” yang menjelaskan sesuatu di masa lalu…past tense girls!  Lagu ni menceritakan tentang seseorang yang pernah menguasai dunia. Kalau korang belum pernah dengar lagi, korang boleh check out lagu-lagu dari Coldplay! Mereka ada banyak lagu best tau!

I’M YOURS – JASON MRAZ

via GIPHY

Kebanyakkan lagu Jason Mraz sangat sesuai untuk belajar English tau! Sebab he speaks so clearly and it is good for you to practice your pronunciation! It also can help your speaking muscles, so tak adalah tersasul-sasul nak menyebutnya ya! Hehe! Korang boleh tengok dekat YouTube lirik video lagu Jason Mraz dan cuba ikut okay girls?

CALL ME MAYBE – CARLY REA JEPSEN

via GIPHY

Lagu ni pula menggunakan simple English! For this song mengajar kita banyak tentang phrasal verbs in daily life expression, contohnya: “Just”, “Look right” at someone or “Came into my life”. So this one basic kita akan guna hari-hari! Haa untuk #Lunagirls yang nak cuba fasihkan bahasa English, korang cuba dengar lagu ni okay?

Sebenarnya ada banyak lagi lagu bahasa English yang korang boleh belajar tau! Tak apa, sempat lagi untuk asah bahasa Inggeris kita! Never stop learning okay girls! Hihi! Semoga tips LUNARIA share dengan korang ni membantu!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments