in ,

Jisoo BLACKPINK Bakal Berlakon Sebagai Heroin

Sumber gambar: Newsbeezer.com

Jisoo nak berlakon? Ommo! Tak sabarnya nak tengok..

Khabar angin selama ini yang menyebut bahawa Jisoo BLACKPINK tidak mahu lagi mempertimbangkan sebarang kemungkinan untuk berlakon semula, ternyata silap belaka. Jisoo BLACKPINK telah pun mengesahkan tawaran lakonan sebagai pelakon utama untuk drama terbaru terbitan jtbc, ‘Moondrop’ di bawah arahan sutradara dan penulis skrip Sky Castle, iaitu Jo Hyun Tak dan Yoon Hyu Mi.

View this post on Instagram

@diormakeup 🍒

A post shared by JISOO🤍 (@sooyaaa__) on

Tiada maklumat lanjut mengenai sinopsis drama ini lagi melainkan berita tawaran lakonan juga pernah diberikan pada pelakon Kim Hye Yoon, yang masih lagi mempertimbangkan kemunculannya. Ternyata ianya bukan ironi kedua-dua pelakon perempuan memegang watak heroin di dalam drama memandangkan Sky Castle sebelum ini juga dibarisi lebih daripada seorang pelakon utama.

View this post on Instagram

how did you like today's stage? 🖤

A post shared by JISOO🤍 (@sooyaaa__) on

Jisoo yang memulakan kerjaya lakonannya di dalam drama KBS The Producers dan pernah membuat cameo di dalam tvN Arthdal Chronicles, difahamkan akan memegang watak utama drama buat pertama kali di dalam sejarah kerjaya lakonannya. Jisoo kini sedang bergiat aktif mempromosikan album studio ‘debut’ BLACKPINK yang bakal dikeluarkan menjelang 2 Oktober 2020 ini. LUNARIA yakin BLINKS sangat excited nak tunggu album studio ini keluar!

View this post on Instagram

🍦You're gna melt 🍦

A post shared by J (@jennierubyjane) on

Bercakap tentang BLACKPINK, ini beberapa fakta menarik tentang BLACKPINK x Selena Gomez:

Ambil gambar bersama!

Jisoo dan Rosé sempat ambil gambar dengan Selena Gomez semasa mereka ada event bersama iaitu Coach Fashion Show di New York tahun 2018 lalu. Korang rasa adakah itu detik permulaan idea mereka untuk buat lagu bersama?

Puji Selena Gomez baik

Baru-baru ini Jisoo sempat buat live di akaun Vlive miliknya. Kemudian, ada seorang fans tanya Selena Gomez orang yang macam mana masa mereka jumpa face to face? Jisoo jawab, “Selena Gomez? Benar, kami menyapa dan berfoto bersama. Saya tersentuh sebab Selena sangat baik,”  Jisoo juga ada kongsikan yang dia sebenarnya sudah lama sukakan karya-karya Selena Gomez. “Saya bertemu dengan seorang penyanyi yang telah saya idolakan sejak saya masih kecil, dan sekarang saya dapat berbual dan ambil gambar dengannya. Semuanya sangat indah,” kata Jisoo.

#SelPink

Sebutan SelPink Di Twitter, akaun rasmi @TwitterMusic juga menyambut kolaborasi ini dengan gembira yang kemudian di-retweet oleh Selena Gomez. “SELPINK IN YOUR AREA,” retweet Selena dari akaun @TwitterMusic. SelPink merupakan singkatan dari Selena dan BLACKPINK. Sementara “in your area” merupakan jargon khas yang sering disebutkan BLACKPINK di setiap lagunya. Fans BLACKPINK memang sering membuat nama singkatan seperti semasa mereka berkolaborasi dengan penyanyi Dua Lipa (DuaPink) atau Lady Gaga (GagaPink).

Spoiler Alert!!

Minggu ini makin ramai fans kongsikan spoiler clue yang ditunjukkan oleh para member BLACKPINK, terutama Jennie sebagai ‘queen of spoiler’. Katanya dalam akaun Instagram @jennierubyjane, Jennie menggunakan emoji aiskrim, “You’re gonna melt,” tulis Jennie. Pada 20 Julai lalu, member BLACKPINK juga sempat kongsi gambar mereka makan aiskrim bersama. Jadi, disebabkan itu ramai fans mula menganggap aiskrim merupakan satu petunjuk tentang lagu baru BLACKPINK dan Selena Gomez. Kalau korang nak tahu betul atau tidak, kita sama-sama nanti lagu kolaborasi BLACKPINK dan Selena Gomez yang bakal keluar pada 28 Ogos 2020!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dah Bayar Payment, Tapi Influencer Ini Tak Settle Review?

Kesilapan Sewaktu Cuci Muka Yang Mungkin Korang Tidak Sedar