in ,

Jinwhan & Junhoe iKON Accident, Peminat Salahkan YG Entertainment

Sumber gambar: Koreaboo.com

What! Jinhwan dengan Junhoe accident semalam? Macam mana mereka boleh accident? Kenapa YG Entertainment tak jaga elok-elok? Mereka cedera teruk ke?

Siapa yang tak tahu lagi tentang berita kemalangan melibatkan Junhwan dengan Junhoe iKon yang berlaku baru-baru ini? Menurut laporan eksklusif yang dikeluarkan oleh Kyungnam Domin, sekitar jam 3:40 pagi waktu Korea telah berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua orang bintang Kpop itu. Kemalangan tersebut terjadi apabila van yang mereka naiki telah tergelincir sehingga menyebabkan kenderaan mereka merempuh tembok jalan ketika dalam perjalanan dari Sacheon ke Namhae, Wilayah Gyeongsang Selatan.

Sumber gambar: TheStar

Mujur Jinhwan, Junhoe dan juga pemandu van tersebut hanya cedera ringan dan mereka telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Pada masa yang sama, pemandu tersebut dipercayai dibawah pengaruh dadah dan kini pihak polis sedang menyiasat kes tersebut. Adui, macam mana la mabuk boleh nak drive ni? Pihak polis mempercayai kejadian kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pemandu tersebut.

Walaupun pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap pemandu tersebut, YG Entertainment masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kemalangan yang terjadi. Tapi ada beberapa artikel dari sana mengesahkan bahawa YG Enterteinment hanya memohon maaf sahaja diatas kejadian tersebut. Rata-rata peminat iKON berasa bimbang dengan keadaan Jinhwan dan juga Junhoe.

iKON JunHoe & JinHwan Involved In Car Accident | Kpopmap
Sumber gambar: Kpopmap

Namun tetapi mereka tetap berasa lega kerana kecederaan yang dialami oleh kedua-dua bintang itu hanya kecederaan ringan sahaja. Dalam masa yang sama, ada fans yang menyalahkan YG Entertainment dan ingin pemandu tersebut diberhentikan dengan kadar segera supaya perkara tersebut tidak terjadi lagi di masa yang akan datang.

Sebagai peminat, mereka akan rasa risau dengan keselamatan K-idol kesayangan mereka. Harapnya selepas ini akan ada lagi info tentang kejadian ini dan mungkin ada tindakan susulan yang akan dikenakan kepada pemandu tersebut sekiranya benar tentang kesalahan yang dilakukan olehnya itu.

Disebabkan itu, ramai peminat marah sehingga tercetusnya hashtag #YGprotectiKON trending di Twitter. Hashtag itu terhasil kerana fans berasa marah kerana YG Entertainment masih tidak membuat kenyataan berkaitan kemalangan tersebut dan hanya memohon maaf sahaja.

Since tadi kita dah sedih sebab berita kemalangan Jinhwan dan juga Junhoe, jom kita happy sikit dengan recap beberapa perkara tentang kedua-dua bintang kacak ini…

For those yang tak tahu, Jinhwan merupakan anggota iKON yang paling tua, dia berusia 26 tahun dan dia juga merupakan anggota yang paling rendah antara yang lain. Tinggi macam tu pun still tak dapat melebihi ketinggian ahli yang lain, maksudnya berapa tinggi mereka semua? Bukan tu sahaja tau, Jinhwan juga sering menjadi ‘mangsa buli’ antara ahli mereka yang lain, itu semua kerana Jinhwan ini seorang yang mudah marah. Kesiannya dia senang di buli, tapi mesti fun ada kawan macam dia.. Walaupun sering kena buli, tetapi dia seorang yang sering mengambil berat tentang ahli yang lain. So sweet! Dah kena buli pun masih lagi concern tentang mereka yang lain tau.

iKON's Junhoe And Jinhwan Injured As They Get Into A Car Accident ...
Sumber gambar: Kpopstarz

Orang kata kalau someone pandai bermadah dan pandai berpuisi, dia seorang yang sweet! Maksudnya Junhoe ini seorang lelaki yang sweet. Dengarnya Junhoe juga sering menulis puisi dan dia menjadikan penulisan sebagi medium untuk meluahkan perasaan… At the same time dia juga memasang impian untuk menerbitkan buku hasil penulisannya sendiri. Bila dah sweet mestilah jadi rebutan ramai. Tapi sebenarnya dia ini juga seorang yang tenang dan tak cepat marah. Buktinya ketika Jinhwan prank dia waktu dalam iKON TV, dia menunjukkan perasaan yang tenang apabila ada salah seorang penulis muda membuat kesalahan ketika menulis. Daripada membiarkan penulis muda tersebut dimarahi, dia ambil tanggungjawab untuk mengakui bahawa kesalahan itu datang daripada dirinya pula. Alamak, ini memang sweet habis!

Harapnya sekarang ini Jinhwan dan Junhoe berada dalam keadaan yang baik… Semoga mereka cepat sembuh! iKONIC jangan sedih-sedih okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Dari Sekolah: Perbezaan Ketara Pergi Sekolah Musim PKPP

Ciri-Ciri Orang Psikopath, Korang Punyai Ciri Yang Tersenarai Tak?