in ,

Jika Suka Sangat Main TikTok, Buruk Padahnya

Sumber gambar: Tiktok Lunariamy

TikTok sana, TikTok sini. Semua tempat ada je orang share buat video TikTok. Jangan sampai ajak atu family buat TikTok ya!

Korang dah join hype buat TikTok ke belum? Kalau belum tak apa, tak perlu pun. Kalau dah pun tak apa jangan berhenti pula sebab boleh jadi benda tu buatkan korang rasa happy sepanjang tempoh PKP ni.

Aesthetic Tiktok Logo Pictures
Sumber gambar: Pok-logo

Ainaa sendiri asyik tengok TikTok je setiap hari kalau rasa bosan dekat rumah. Even ada juga kawan-kawan lain yang sebelum ni tak pernah rasa nak tengok video TikTok, sekarang ada akaun TikTok dan share video mereka sendiri dekat sana. Itu la, dulu cakap tak best, sekarang semua dah join buat TikTokΒ even ramai selebriti sendiri pun ada akaun TikTok juga.

Tapi jangan terlampau suka sangat buat TikTok. Kenapa jangan terlampau suka? Kita mungkin tengah berseronok, tapi ada kawan-kawan kita yang lain berada dalam keadaan susah.

Baru-baru ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada meletakkan hukum yang mana dibolehkan untuk bermain TikTok serta laman sosial yang lain sekiranya digunakan untuk perkara yang bermanfaat. Semua media socialΒ pun tak ada masalah, asalkan kita pandai cara untuk menggunakannya.

Sumber gambar: Mufti Wilayah

Maksudnya dekat sini ialah let say kalau korang nak share video, make sure video tu tak mendatangkan fitnah terhadap diri korang atau diri orang lain. Lagi bagus kalau dalam video tu ada manfaat berguna serta nilai murni yang boleh dicontohi oleh orang yang menonton video korang tu,

Dekat bawah ni Ainaa akan share penetapan hukum dalam berhibur dekat media sosial:

Makruh: Sekiranya hiburan tu tak beri kesan baik atau buruk kepada yang menonton sebab apa yang dilakukan itu tidak berfaedah tetapi tidak la sampai memalukan.
Haram: Sekiranya membawa keburukan kepada individu serta masyarakat. Contohnya perbuatan yang diharaman oleh hukum syarak.
Dibenarkan / Digalakkan: Kalau content yang dilakukan itu memberi kesan baik kepada orang yang menonton, itu adalah lebih baik.

@lunariamyBersin elok elok guys 😑 Jangan jadi mcm dia ni! ##coronavirus ##staysafe ##tiktokmalaysia ##foryourpage ##cznburak♬ Suspense Music – The Columbia River Players

Actually ini bukan la bergantung kepada apps TikTok sahaja. Tapi untuk semua social media kita. Sebab tu orang cakap, berpada-pada dalam berhibur. Tak salah kalau korang nak have fun dengan semua social media yang ada. Sekarang ni semua orang ada banyak masa terluang dekat rumah. Takut kalau apa-apa video atau twit atau apa sahaja yang korang kongsikan, mendatangkan keburukan sampai buatkan korang jadi mangsa cyber bully.

Since PKP ni, tengok sahaja la dekat social media tu berapa ramai orang jadi mangsa cyber bully netizen yang mempunyai banyak masa sekarang ni. Make sure korang jangan jadi mangsa mereka yang tak bertanggungjawab. Kalau ada benda yang korang tak puas hati tentang isu semasa, lebih baik jangan luahkan dekat social media sebab orang lain boleh salah gunakan apa yang kita katakan itu.

via GIPHY

Asalkan tak membuang masa sampai lupa buat benda lain dan tak memudaratkan, main sahaja la segala social media yang korang ada. Kalau asyik mengadap phone dan main social media sepanjang hari tu tak ke mendatangkan keburukan pada diri kita sendiri?

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Moment Di Sekolah Yang Boleh Buat Kita Rindu Kawan

Masak Nasi Lemak Mudah Cara Pelajar Sekolah