in ,

Jerawat Tumbuh Macam Cendawan!

Sumber Gambar: seventeen.com

“Eii, bencilah jerawat ni asyik muncul je dekat dahi, kenapa ni?”

Siapa selalu merungut macam ni? LUNARIA faham sangat! Hihi! Kita sering kaitkan jerawat  yang datang setiap bulan disebabkan turun naik hormon! Tapi kalau jerawat tu asyik tumbuh ditempat yang sama je sebab apa pula? Ha! Kalau #Lunagirls nak tahu, tempat jerawat tumbuh ada kaitan dengan kesihatan tubuh kita tau!

DAHI

Sumber Gambar: https://www.reddit.com

Kalau jerawat dekat dahi ada sebab rambut! Penggunaan product seperti conditioner atau syampu yang kuat akan menyebabkan masalah kulit tau! Dan ada teori kesihatan mengatakan kalau ada jerawat di dahi disebabkan oleh stress juga!

PIPI

Sumber Gambar: https://www.medicalnewstoday.com

Menurut sumber jika jerawat tumbuh di bahagian pipi atas, ia dikaitkan dengan system penafasan.. Dan sekiranya di bahagian pipi bawah mungkin korang mempunyai masalah gigi ataupun mulut! Tapi ia juga boleh terjadi kalau sarung bantal kotor tau girls!

HIDUNG & ZON-T

Sumber Gambar: https://www.avoskinbeauty.com

Zon-T adalah kawasan muka di antara kening dan hidung! Bahagian ni yang selalu menghasilkan minyak yang banyak so sangat normal ia jerawat suka singgah dekat situ! Tapi ada kajian mengatakan jerawat di bahagian ini dikaitkan dengan buah pinggang dan hati. Untuk itu, banyakkan minum air dan makan sayur ya #Lunagirls.

DAGU

Sumber Gambar: https://www.hijabista.com.my

Jerawat di dagu adalah disebabkan tidak keseimbangan hormon! Kalau period #Lunagirls tak teratur, mungkin bahagian dagu jerawat suka singgah! Korang boleh berjumpa doktor untuk minta pendapat cara nak seimbangkan balik hormon diri okay!

BELAKANG, LENGAN & PEHA

Sumber Gambar: https://www.medicalnewstoday.com

Bahagian belakang, lengan dan peha selalu disebabkan oleh paras turun naik hormon dan genetik. Namun, ia juga boleh berpunca daripada faktor luaran seperti peluh, sabun badan serta cara kita menjaga badan! Kalau makan pun tak tentu, tak hairanlah kenapa jerawat suka singgah.. opps!

Ingat girls, untuk sentiasa jaga kesihatan kita! Jerawat badan ke jerawat muka ke.. semua boleh di rawat dengan menjaga kesihatan badan! #SayangiDirimu

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Tools Bantu Cuci Muka Lebih Bersih!

Tunjuk Tangan Dekat Pelangi Boleh Kudung??