in ,

Jerawat Rendang Dah Datang!

Sumber gambar: Verywell Health.com

Haih~ lepas raya ni, kulit buat hal pulak, weekend ni dah la ada open house rumah kawan! Macam mana ni?!!

Raya ni bukan je berat badan naik tapi mungkin boleh juga potong mood kita nak beraya kalau kulit naik jerawat. Sebab bila time raya ni semua jenis makanan nak makan, especially kalau makanan tu berlemak dan mengandungi gula yang banyak, memang boleh menyebabkan ramai geng jerawat datang singgah di muka!

MAKANAN BERMINYAK

Sumber gambar: https://www.liputan6.com/ramadan/read/3975724/resep-rendang-daging-untuk-menu-lebaran-dari-daging-sapi-hingga-daging-ayam

Makanan wajib time raya ni, mesti la rendang! Nak nak pula bila yang buat tu mak kita, sepinggan mana cukup sis.. Tapi girls, kena ingat rendang ni ada kandungan lemak yang boleh menyebabkan jerawat tau. Nak makan tu boleh, tapi nanti kena neutral kan balik lemak tu dengan minum air limau atau pun minum teh hijau okay?

LIMIT MAKEUP

via GIPHY

Sekali sekala bagi ruang dekat muka korang untuk bernafas! Bila raya ni, mesti nak cantik dengan pakai foundation, blusher, contouring semua tu.. Tapi makeup tebal-tebal ni akan menyukarkan kulit muka korang untuk bernafas tau. Kata orang tu, less is more girls!

BERSIHKAN MAKE UP SEBELUM TIDUR

via GIPHY

Seharian beraya mesti penat nak cuci makeup. Kadang-kadang tu tertidur dalam kereta, sampai rumah sambung balik tidur.. Oh no! Sisa makeup dan kotoran yang dekat muka boleh menyebabkan kulit muka berjerawat tau! Tambah pula bila korang keluar seharian dengan debu dan asap kereta.. So make sure korang bersihkan walaupun penat macam mana sekali pun okay girls!

DEEP CLEANSING/ MUSKER

Sumber gambar: https://zarinsbeautylab.com/double-cleansing-skin-care/

Kalau dah pakai makeup tebal-tebal, kena la buang dengan betul. Make sure korang deep cleanse kulit so that tak tertinggal kesan makeup dekat muka tu.  Deep cleansing ni ada banyak caranya! Lepas tu, korang boleh pakai mask untuk lembutkan kulit! Mesti rasa best je kulit tu.. Jerawat pun tak ada!

Girls, rayakan sebulan, tak kan la nak raya seminggu je sebab muka buat hal.. So better kita berjaga-jaga before jerawat berleluasa okay! #Lunagirls ada buat open house tak tahun ni? Jangan lupa jemput LUNARIA tau.. Hihi!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Benda Biasa Kita Buat Bila Dapat Duit Raya!

Kalau Tak Tau ni, Korang Bukan True BTS ARMY!