in ,

Jerawat Punya Hal, Kacang Yang Dipersalahkan 🥔

Sumber gambar: https://peanut-institute.com

Setiap kali ada jerawat, mesti kacang yang akan dipersalahkan. Padahal diri sendiri yang salah sebab tak jaga pemakanan.

Hmm, betul ke sebenarnya kekacang ni buatkan muka kita naik jerawat? Ada kaitan ke sebenarnya kacang dengan jerawat ni? Dalam kacang ni sebenarnya ada 26 jenis nutrisi antaranya niancin, asid folates panthothenic dan banyak lagi la. Nak tahu sahih ke tidak, jom check it out~

SERANGAN JERAWAT

via GIPHY

Masalah jerawat ni ialah musuh utama kaum perempuan sebab bila ia datang, bukan seketul, siap bawa kawan-kawan berjemaah sekali pula tu. Biasanya kalau orang yang alami masalah jerawat ni disebabkan oleh kandungan minyak yang tinggi dekat kulit muka dan juga suka makan makanan berminyak dan lemak macam mentega kacang dengan coklat.

PEANUT AGGLUTININ

via GIPHY

Peanut agglutinin ialah protein kacang yang jadi punca utama masalah penghadaman at the same time buatkan masalah saluran usus bocor. Bukan tu je, masalah usus bocor ni juga akan menyebabkan ada lubang halus dekat dalam perut yang sebabkan makanan terkeluar dan terus masuk ke saluran darah. Sebab tu la korang alami alahan makanan dan masalah keradangan pada kulit.

LEMAK POLYUNSATURATED

via GIPHY

Ini ialah salah satu lemak yang ada dekat dalam kacang yang mana even korang baru ambil dua sudu je dah mengandungi 19% lemak. Dalam lemak tu pun mengandungi tiga jenis kategori berlainan yang mana masing-masing ialah lemak yang sihat. Tapi bagi lemak poly-saturated, itu ialah punca utama jerawat tumbuh akibat keradangan.

MAKANAN HALANG KULIT DARIPADA SERANGAN JERAWAT

Sumber gambar: https://www.cdc.gov/foodsafety/communication/steps-healthy-fruits-veggies.html

Banyak je makanan yang boleh bantu korang elakkan serangan jerawat ni. Antaranya ialah elakkan makan makanan berminyak dan berlemak. Tu ialah makanan yang perlu korang elakkan sebab tu la yang sebabkan jerawat naik. Selain tu, makan sayur-sayuran macam carrot, keledek, bayam, tomato atau sayuran berwarna hijau.

Actually mentega kacang ni bukan la punca utama kenapa muka korang naik jerawat. Tapi sebabkan pemakanan korang yang tak sihat tu. So, lepas ni jangan pernah salahkan peanut butter atau kekacang okay! Kesian mereka tidak bersalah.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BTS Buat Konsert Dekat Arab Saudi, Bila Nak Singgah Malaysia?

Deksokrao Cuba ‘Lawan’ MV Kill This Love