in ,

Jenis Seluar Untuk Buat Girls Lebih Tinggi

Sumber gambar: https://www.today.com/style/north-carolina-school-bans-skinny-jeans-combat-bullying-backlash-ensues-t94906

Aduhh! Apa ni pakai seluar pun dah sapu lantai? Habis kotor hujung seluar ni, confirm mak bising balik nanti.

Haihh, bersabar lah kesayanganku semua kalau korang memiliki ketinggian bawah 160 cm, situasi akan sering terjadi. Ainaa selalu dilemma tak tahu cara nak matching seluar apa dengan baju yang dipakai supaya tak nampak pelik! Jom Ainaa tolong korang selesaikan masalah ini dengan cara pemilihan seluar…

SELUAR BERJALUR

Image result for hijabis with striped pants
Sumber gambar

Bagi korang yang tak berapa tinggi, bolehlah cuba seluar jalur menegak ini. Bila korang gayakan seluar ini, ia akan menampakkan ilusi korang lebih tinggi. Make sure pilih yang hanya ada dua warna je jalurnya, banyak sangat nanti pening pula nak tengok. Matching sekali dengan baju blouse atau t-shirt biasa.

SELUAR SENTENG

Image result for seluar senteng perempuan
Sumber gambar

Sekarangkan trend pakai seluar senteng atas buku lali. For those yang berkenaan, seluar ini sangat sesuai untuk korang. Pilih seluar yang paras buku lali atau ngam-ngam dekat pergelangan kaki. Nak lagi cantik guna yang jenis high-waisted! Padankan pula dengan cute socks.. haa barulah onz meletopz!

JUMPSUITS

Image result for hijab with jumpsuit
Sumber gambar

Tak tahu dah nak pakai baju dengan seluar apa? Tak payah fikir susah-susah.. Cukup setakat korang cari jumpsuits, matching dengan cardigan atau pilih je yang jenis lengan panjang. Mesti cute kalau korang pakai! Kaki korang nampak lebih panjang daripada biasa. Kalau Ainaa pakai confirm nampak macam banjir sebab jadi senteng, huhu!

HIGH-WAIST

Image result for girl wear high waist tumblr
Sumber gambar

Ingat orang tinggi je lawa bila pakai seluar jeans jenis high-waist ke? Haa, orang tak cukup ketinggian pun boleh juga pakai tau. Bahagian tengah badan korang akan nampak lebih tinggi yang mana buatkan kaki nampak lagi panjang daripada biasa. Bonus point kalau seluar high-waist tu jenis bootcut, lagi lawa!

Lepas ini dah tak ada masalah lagi untuk korang pilih seluar! No more seluar sapu lantai atau seluar kotor. Confirm korang lebih cantik lepas ni, huhu!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Superhero Jeon Jungkook Selamatkan Turtle?

Cuba Surfing Kat FlowRider!