in ,

Jenis Perfume Yang Korang Kena Tahu! No. 2 Fav Kami

Sumber gambar: www.youtube.com

Alaaa, baru pakai perfume dah hilang baunya? Buat habis duit je beli mahal-mahal tapi tahan sekejap je baunya, macam mana nak bagi orang bau perfume kita?

Siapa suka spray perfume banyak-banyak sampai tertinggal bau dekat belakang bila berjalan? Haa, Ainaa ada seorang kawan yang suka sangat spray perfume macam itu. Tak dinafikan, perfume dan girls tak dapat dipisahkan sebab kita suka dengan wangian. Tapi janganlah hanya tahu pakai saja tapi tak tahu jenis perfume yang ada. Jom kita tengok sikit jenis-jenis perfume yang ada dekat pasaran. Lepas ini bolehlah beli perfume yang betul dan tahan lama.

PARFUM

Image result for parfum aesthetic
www.pinterest.com

Parfum ialah jenis wangian yang paling mahal sebab peratus wangian dekat dalamnya paling tinggi berbanding yang lain which is 20-30%. Sebab itu wangiannya tahan lebih lama dan boleh sampai 24 jam kalau korang tak mandi atau tukar baju. Tapi kena duit lebih sikit untuk beli sebab ia agak mahal. Tunggu ada orang hadiahkan dekat korang, mana tahu crush baik hati nak belanja ke? Bagi hint sikit dekat Twitter yang korang memerlukan perfume baru, hehe!

EAU DE PARFUM (EDP)

via GIPHY

Eau De Parfum biasanya kita kena topup sikit lepas beberapa jam sebab kuantiti wangiannya ialah sebanyak 15-20%. Tapi for those yang nak beli perfume yang harga mampu milik dan tak terlalu mahal, inilah perfume yang sesuai untuk korang. Macam dekat kebanyakan kedai perfume di shopping mall, semuanya ialah EDP dan baunya pun boleh tahan wangi. Sampai kadang-kadang kita sendiri tak tahu nak pilih perfume yang mana sebab semuanya wangi sangat. Kalau Ainaa ikutkan nafsu nak je beli semua perfume yang ada dekat kedai, opss!

EAU DE TOILETT (EDT)

Image result for perfume at guardian
corporate.priceabuse.com

Nak perfume harga murah? Okay korang boleh beli jenis EDT sebab harganya memang murah tapi boleh tahan wangi juga. Cuma kena spray extra sebab bau wangian yang ada hanya 5-15%. So korang kena selalu spray banyak sikit kalau bau wangi dah kurang. Tak bermaksud harga murah tak berkualiti, ada yang berkualiti dan lebih wangi daripada perfume yang mahal. Korang just kena pandai pilih je yang mana sesuai.

Selain tiga jenis perfume tadi, ada juga beberapa perfume lain which is Eau De Cologne yang mana biasa kita jumpa dekat dalam shopping mall tapi baunya memang sekejap je, just untuk sedapkan hidung je. Biasanya Eau De Cologne digunakan oleh mak kita pada adik kecil kita untuk bagi dia bau lebih wangi, hehe!

Kalau Ainaa sendiri, Ainaa suka perfume EDP sebab harga mampu milik dan bau wangi. Kalau kena tambah spray sikit pun tak apalah, asalkan ada bau wangi! Korang pula macam mana? Mesti semua ada pilihan perfume sendiri betul tak? Share sikit dekat komen bawah okay..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jenis Colour Corrector Akan Tolong Cover ‘Masalah’ Kita!

Ejen Ali Confused Nak Setia Atau Tidak..