in ,

Jenis Makanan Yang Paling ON Musim Durian

Sumber gambar: youtube.com/NMB48

Sekarang ini ramai orang senang hati sebab musim buah-buahan di negara kita dah sampai. Ada buah rambutan, mangga, dan banyak lagi yang best, termasuklah durian dan manggis! Apa yang paling buatkan semua orang seronok siap sanggup pulang ke kampung adalah sebab nak kutip buah itu sendiri dan makan dengan saudara lain di rumah atuk nenek di kampung! Lain macammmm feeling dia! Jadi, sebab musim durian masih on lagi, jom kita tengok jenis makanan apa lagi yang kita boleh buat dengan raja buah ini!

PULUT DURIAN

Sumber gambar: pinterest

Tinggal nak masak sahaja pulut itu atau buat secara lemang dan makan bersama durian. Memang puas hati sangat! Lebih lagi bila pulut itu rasa berlemak manis. Tak payah makan nasi selepas makan pulut durian pun okay sebab akan rasa full.

DURIAN CREPE

Sumber gambar: pinterest

Durian crepe juga antara salah satu makanan yang paling syok dimakan lebih lagi kalau korang dah sejukkan dalam peti ais. Teksturnya memang sangat lembut dan nak makan banyak kali pun memang tak akan rasa cukup. Biasanya, durian crepe ini mereka dah jadikan krim di dalam sebagai inti jadi masuk mulut terus telan pun boleh!  Fuhh!

DURIAN GORENG

Sumber gambar: pinterest

Walaupun tak ramai yang jual durian goreng, tetapi rasanya padu! Macam mana nak buat? Kalau korang pernah makan cempedak goreng, ia sama saja cara sediakan kedua jenis makanan ini. Senang sangat! Hanya perlu tepung, sedikit gatal dan minyak.. dan terus ajak mak goreng! Makan waktu petang sambil tengok matahari terbenam pun memang syok!

AIS KRIM DURIAN

Sumber gambar: nikk hazami

Korang pernah makan ais krim durian? Ada banyak kedai makanan segets jual, tapi  itu semua rasa yang dah diawet. Apa kata korang cuba ais krim durian yang dibuat sendiri? Memang sangat puas hati sebab lebih lemak berkrim tau! Kalau korang beli kat kedai itu, biasanya mesti ais krim potong saja, mana puas! Jangan risau, mudah sahaja caranya.. Korang lenyekkan isi durian, campurkan dengan susu full cream dan terus bekukan dalam peti ais. Esok dah boleh makan!

KUAH DURIAN ROTI JALA

Sumber gambar: pinterest

Biasanya kita akan makan roti jala dengan kuah kari. Tahu tak sebenarnya makan roti jala dengan kuah durian pun memang on sangat! Rasanya memang manis dan kalau korang hidangkan untuk makan waktu picnic dengan kawan-kawan pun memang best sangat! Lemak-lemak manis durian di makan dengan roti jala adalah gabungan hebat korang perlu rasa.

Korang pernah cuba makan durian dengan cara macam mana? Ke dah cuba semua? Kalau Zoe yang memang hantu durian ini, of course Zoe dah cuba semuanya dan memang puas hati sangat tau! Ada orang buat tempoyak dan banyak lagi cara. Cuba kongsi dan komen sikit, korang makan durian ini macam mana lagi? 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebelum Mula Persekolahan, Ini Cara Kekal Enjoy Semasa Road Trip!

Pantang Larang Orang Lama Yang Masih Diikuti Walaupun Mungkin Tak Masuk