in ,

Jenis Kawan Kita Jumpa Waktu Nak Habis Sekolah

Sumber gambar: https://techcrunch.com/2016/03/04/bumble-launches-bff-a-feature-to-find-new-friends/

Bila dah masuk umur 17 tahun ni, mulalah fikir berpisah dengan kawan, habis sekolah dan macam-macam lagi la! Mesti tak sabar nak lalui semua ini..Dalam keseronokan korang menghitung hari, makin ramai la jenis kawan-kawan yang korang akan jumpa. Daripada perangai positive sampai la perangai negative. Since korang rasa seronok sangat nak capai usia 17 tahun ni, apa kata kita jsha sikit apa agaknya jenis-jenis kawan yang akan korang jumpa bila dah sampai usia sekarang ni…

SI SUKA HANG OUT

via GIPHY

Waktu sekarang ni la best nak ajak pergi sana sini. Bila ada masa lapang je mesti dia ajak lepak waktu weekend untuk spend time sama-sama. Kadang-kadang sampai korang sendiri dah malas nak keluar. Tapi ada bestnya juga sebab kawan macam ni la yang akan cipta banyak kenangan dengan kita. Korang pun akan dapat experience baru bila selalu keluar dengan kawan kaki hang out ni, cuma jangan pergi melepak dekat tempat yang sia-sia je la ya.

SI PENUH SEMANGAT

via GIPHY

Setiap apa yang dia buat mesti dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat! Korang sendiri ‘letih’ nak kejar kesungguhan dan semangat dia tu. Kawan macam ni akan ‘salurkan’ aura positive dekat dalam diri kita, at the same time jadi pembakar semangat untuk kita berjaya! Sometimes bila dia tak ada, korang mesti rasa kosong je. At least dia akan jadi penyebab untuk korang terus bersemangat ke sekolah!

SI BUSY

Sumber gambar

Bila dah masuk umur 17 tahun ni, mula la dia fikirkan tentang masa depan. Nak belajar dekat mana, course apa nak ambil lepas ni, nak jadi apa dan banyak lagi la. Sampai nak spend masa sama-sama pun dah kurang sebab dia terlampau sibuk dan fokus pada masa depan. Waktu ni korang akan rasa yang dah tiba masanya untuk korang fikirkan tentang masa depan sendiri juga. Tak selama-lamanya korang akan bersama, cuma asalkan keep in touch je. Jangan terkejut kalau lepas habis sekolah korang dah tak ada masa nak lepak sama-sama.

SI BERKEPIT DENGAN BOYFRIEND

Image result for high school korean couple
Sumber gambar

Kata orang bila dah masuk belajar baru boleh cari pasangan hidup sebab dekat sana baru la nampak ‘masa depan’. Tapi ada juga waktu still sekolah pun dah ada boyfriend. So bila ada boyfriend ni, mesti la dia busy dengan boyfriend sampai tak sempat nak spend time sama-sama. Maybe korang pun dah boleh cari boyfriend mulai sekarang supaya tak rasa lonely bila kawan-kawan dah ada pasangan sendiri. Cuma jangan sampai abaikan pelajaran ya girls.

Zaman sekolah menengahlah kenangan yang paling best sekali! Banyak kenangan dapat dikongsi sama-sama dengan kawan-kawan. Nanti bila dah habis sekolah akan mula rindu semua itu. So, appreciate setiap saat usia korang okay.

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nakal Sangat Sampai Lekat Gam Gajah Dekat Cawan!😡

Betul Ke Makan Bawang Badan Akan Berbau?